• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Perubahan Akan Dibuat Pada Teks Akhir TPPA

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada perubahan akan dibuat kepada teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan penyertaan Malaysia akan hanya diputuskan Parlimen.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jika Malaysia mahu membuat perubahan kepada teks akhir, ia akan mengambil masa lebih panjang untuk menentukan keputusan negara mengenai TPPA.

“Jika perubahan mahu dibuat kepada teks akhir, ia memerlukan perbincangan baru dengan semua negara berkaitan.

“Kini, fokus kita ialah memastikan program keterlibatan dan outreach mengenai TPP sampai kepada seramai mungkin rakyat Malaysia sebelum saya membentangkannya di Parlimen pada akhir Januari 2016,” katanya kepada pemberita pada ‘Program TPP Dengan Majlis Perwakilan Pelajar’ melibatkan 300 penuntut dari universiti awam dan swasta di sini, hari ini.

Mustapa berkata, TPPA akan dibentang dan dibahaskan mengikut peraturan biasa persidangan Parlimen, iaitu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Mengenai proses undian untuk TPPA di Parlimen, beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Speaker diperlukan untuk memuktamadkan butiran terperinci.

Menurutnya, setakat ini, beratus-ratus program kesedaran telah dijalankan melibatkan pegawai dari MITI dan agensinya, Kementerian Sumber Manusia dan Kesihatan.

“Kami juga merancang mengadakan taklimat dan bengkel sehari untuk semua anggota Parlimen dan pelbagai jabatan kerajaan, termasuk pegawai Jabatan Peguam Negara,” kata Mustapa.

Pada masa sama, kata Mustapa, MITI juga akan menganjurkan program kesedaran di Pahang, Sarawak dan Johor bulan depan, menemui pemimpin negeri dan orang ramai.

Rundingan TPPA yang pertama kali dilancar pada 2005 melibatkan 12 negara, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam.

Dokumen akhir TPPA, bersama dua analisis kos dan manfaat, disediakan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia serta PricewaterhouseCoopers Malaysia telah didedahkan kepada umum pada awal Disember. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]VFFvtCab2hM[/wpdevart_youtube]

Tags: TPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd