KUALA LUMPUR: Bersempena dengan ketibaan pesawat terbaharunya, Boeing 787-9 Dreamliner di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), British Airways telah memperkenalkan harga tambang yang istimewa buat mereka yang ingin ke London.
Pesawat berkenaan akan telah beroperasi pada 6 Dis lalu untuk laluan KL-London-KL. Tempoh sah tawaran berkenaan bermula dari 3 Disember sehingga 6 Januari 2016 untuk penerbangan dalam British Airways yang terpilih.
Manakala, tarikh penerbangan pula sah untuk penerbangan yang berlepas mulai 6 Disember sehinggalah 27 mei tahun hadapan.
Menurut ketua jualan Asia Pasifik British Airways, Robert Williams berkata, tambang pergi balik istimewa bagi kelas ekonomi World Traveller bermula dari RM3,370, kelas ekonomi premium World Traveller Plus pula pada harga RM5,709 dan ke atas manakala kelas bisnes Club World bermula dari RM12,799 dan ke atas.  Bagi  kelas pertama pula adalah sekitar RM27,099.
Tambahnya lagi, “Dreamliner merupakan sebuah pesawat ulung yang besar serta dilengkapi dengan sistem dan standard baharu seklagus mampu melancarkan kecekapan operasi dan prestasi persekitaran.”
Program ini juga merupakan sebahagian daripada pelaburan sebanyak £5 bilion (kira-kira RM32 bilion) untuk memberikan keselesaan di udara mahupun di tanah. – Sumber: BERNAMA
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=HgoOwtnAAR0&w=560&h=315]