Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

1 Gigabit Data Harian...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa syarikat penyedia...

Rumah Flinstone Sultan Johor…...

PERNAH menonton kartun animasi popular dari Amerika Syarikat berjudul The Flintstones? Kalau pernah,...

Keputusan Grand Prix Kuala...

KUALA LUMPUR - Berikut keputusan sesi latihan bebas perlumbaan jalanan Grand Prix Kuala...

Darjah Kebesaran Bukan Untuk...

LANGKAWI - Penganugerahan darjah kebesaran hanya akan diberikan kepada mereka yang berjasa kepada...

Taliban Serbu Kompleks Lapangan Terbang Di Afghan

KANDAHAR – Kumpulan militan Taliban menyerbu masuk kompleks lapangan terbang di bandar Kandahar pada Selasa sambil melepaskan tembakan dan letupan ketika persidangan bermula di Pakistan dengan harapan untuk mengadakan rundingan damai dengan pemberontak.

Tiada laporan mengenai kematian akibat serangan berkenaan, serangan kedua dalam tempoh 24 jam di bandar yang dikenali sebagai tempat lahir Taliban walaupun beberapa penumpang terperangkap di terminal lapangan terbang.

Jurucakap Gabenor Wilayah Kandahar, Samim Khpalwak berkata, kumpulan militan Taliban menyasarkan blok kediaman kakitangan kerajaan dan pangkalan tentera Afghan-NATO di lapangan terbang.

“Beberapa pemberontak berjaya melepasi kawalan pagar pertama di kompleks itu. Mereka menguasai kawasan di sekolah dalam kompleks berkenaan,” katanya. Sehubungan itu, penduduk tempatan melaporkan terdengar bunyi letupan dan tembakan.

Selain itu, jurucakap tentera di Kandahar berkata, tentera Afghan terbabit dalam pertempuran hebat berkenaan bagi menewaskan pemberontak yang tidak dapat dipastikan jumlahnya.


Sementara itu, Pengarah lapangan terbang, Ahmadullah Faizi berkata, sebahagian penumpang terperangkap di dalam terminal awam, jauh dari kawasan pertempuran apabila penerbangan pesawat komersial ke India dibatalkan.

Kumpulan militan Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan itu pada ketika Presiden Afghan, Ashraf Ghani berlepas ke Islamabad untuk menghadiri persidangan serantau. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori