• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Untuk Pelayar Israel Perkara Biasa

oleh Ahmad Albab
28/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarat-syarat yang dikenakan ke atas dua pelayar israel bagi menyertai Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2015 merupakan amalan biasa.

Penolong setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata para pelayar terbabit perlu mematuhi syarat kejohanan yang diadakan di Langkawi bermula esok hingga 3 Jan.

“Secara amnya kalau ada wakil dari Israel, kita memang ada syarat macam itu dari kerajaan Malaysia yang perlu dipatuhi. Dulu pun sama juga, kita bagi tahu mereka syarat dan mereka marah.

“Sebelum ini ada wakil Israel pernah menyertai sesi Jawatankuasa Olimpik (IOC). Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) mesti teliti syarat yang diberikan oleh ISAF tetapi saya tidak pasti mengenai kejohanan ini,” kata bekas Setiausaha Kehormat MOM itu ketika dihubungi Bernama, Ahad.

ISAF kini dikenali sebagai World Sailing.

Sebelum ini beberapa insiden membabitkan individu atau pasukan berkaitan dengan Israel dan Yahudi iaitu pada 1997 pasukan kriket Israel menyertai pertandingan Piala Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), selain dua warga Israel Avram Grant dan Ben Haim yang menyertai jelajah pramusim kelab bola sepak Chelsea pada 2008 serta Yossi Benyoun ketika bersama Liverpool untuk perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 2011.

Persatuan Pelayaran Israel (ISA) pada Rabu mengumumkan bahawa dua pelayar mudanya, Yoav Omer dan Noy Drihan bersama jurulatih Meir Yaniv menarik diri dari kejohanan dan menyalahkan Malaysia kerana meletakkan syarat yang “tidak boleh diterima.”

Pelayar Israel dilarang mengibarkan bendera Israel atau sebarang simbol negara pada pakaian dan perahu layar mereka, selain lagu kebangsaan tidak dibenar untuk dimainkan jika mereka muncul pemenang.

Sieh bagaimanapun memberi amaran ISAF boleh membatalkan kejohanan jika penganjur melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh persekutuan itu.

“Saya tidak beberapa pasti. Perlu rujuk kepada syarat perjanjian itu dan MSA,” katanya yang berpengalaman 23 tahun dalam pentadbiran sukan di Malaysia.

Baru-baru ini Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) membatalkan Status Kelayakan Olimpik Kejohanan Menembak Asia di Kuwait yang dijadualkan pada 1-12 November selepas Wakil Teknikal Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa Yair Davidovich tidak diberikan visa oleh Jabatan Imigresen Kuwait.

Selain itu sebab lain pembatalan itu ialah penggantungan Majlis Olimpik Kuwait berikutan campur tangan kerajaan yang bertentangan dengan Piagam Olimpik, yang mana jawatankuasa tidak boleh menyertai sebarang aktiviti berkaitan dengan Pergerakan Olimpik.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika dihubungi berkata: “Kami menerima keputusan Pasukan Belia Israel menarik diri daripada penyertai ISAF YWC 2015. Ini isu diplomatik, kami berpandukan polisi Kerajaan Malaysia.”

Presiden Word Sailing Carlo Croce berkata seorang anggota eksekutif badan dunia itu telah dihantar ke Malaysia bagi menyiasat isu itu dan mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur di Malaysia.

“World Sailing menjangkakan penganjur acara ini memberi kebenaran kepada semua pelayar untuk bertanding secara saksama. Perkara ini jelas dalam proses bidaan dan terkandung dalam dokumen kontrak penganjuran acara,” katanya dalam kenyataan di laman sesawang rasmi www.sailing.org.

Perasmian kejohanan yang mencatat rekod penyertaan 430 pelayar dari 80 negara diadakan esok di Taman Lagenda, Langkawi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]rPLPjqwkl4Y[/wpdevart_youtube]

Tags: Israel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd