• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suasana Pilu Selubungi Penghormatan Terakhir Jenazah

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Suasana pilu menyelubungi Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini, apabila orang ramai mula berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Rakyat Johor dan orang ramai mula berbaris di luar perkarangan Istana Besar sejak 9 pagi tadi bagi upacara berkenaan.

Orang awam dibenarkan melawat jenazah dari pukul 9 pagi sehingga 11.30 pagi, sementara orang kenamaan dibenarkan melawat dari pukul 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Mereka yang hadir dilihat mematuhi kod etika berpakaian dengan wanita Islam mengenakan baju kurung putih dan kain batik serta bertudung putih.

Sementara lelaki Islam, mereka mengenakan baju Melayu teluk belanga berdagang luar putih, kain samping hitam dan songkok lilitan jalur putih.

Lelaki bukan Islam mengenakan pakaian baju dan seluar hitam, tali leher dan toha hitam di lengan kiri manakala wanita bukan Islam memakai baju dan seluar sopan dan toha hitam di lengan kiri atau tudung hitam.

Pegawai istana dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditugaskan di perkarangan istana bagi mengawasi tingkah laku, ketertiban dan etika pemakaian orang ramai.

Orang ramai diberikan tempoh kira-kira seminit untuk memberikan penghormatan terakhir serta mensedekahkan Al-Fatihah.

Keranda baginda yang dilitupi bendera Jalur Gemilang dengan topi polis dan pedang di atasnya diletakkan di tengah-tengah Bilik Singgahsana.

Bersebelahan keranda itu, sekumpulan lelaki dari Jabatan Agama Islam Johor membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Sementara itu, seorang warga emas, Fatimahzahrah Abdul Ghani, 69, antara rakyat negeri ini yang turut tidak ketinggalan menziarahi jenazah Tunku Abdul Jalil.

Fatimahzahrah yang menaiki bas seorang diri, berkata Almarhum merupakan kerabat raja yang berjiwa rakyat dan kali terakhir dia bertemu Tunku Abdul Jalil ialah pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri tahun lepas di Istana Pasir Pelangi dan sempat bersalam-salaman dengan Almarhum.

“Saya berkunjung ke rumah terbuka di Istana Pasir Pelangi setiap tahun sejak 1997. Tetapi, kunjungan tahun ini paling bermakna dan memberi kenangan kerana itu adalah pertemuan terakhir dengan Almarhum,” katanya.

Sementara itu, bendera Johor dikibarkan separuh tiang di setiap bangunan kerajaan sebagai menghormati kemangkatan Tunku Laksamana Johor. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]JIycB-T4V6k[/wpdevart_youtube]

Tags: tunku jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Titah Polis Tahan Mat Rempit Depan HSA

03/02/2018
0

MURKA... Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka tindakan golongan mat rempit menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital...

Permaisuri Sedih KMJ Kali Ini Tanpa Ku Lil

15/05/2016
0

KEMBARA Mahkota Johor merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Acara itu turut melibatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd