SUAMI penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu, 37, bakal mengadakan satu sidang media di pejabatnya, esok bagi menjelaskan kontroversi pernikahannya itu dengan selebriti berkulit cerah itu.
Majlis sidang akhbar akan diadakan di pejabatnya yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
Adira walau bagaimanapun menjelaskan dia tidak akan menghadiri majlis tersebut kerana sudah memberikan kenyataan penuh berhubung isu terbabit.
Memetik BH Online, Adira menyatakan, “Cukuplah dengan kenyataan mengenai majlis pernikaahan dan status suami. Jika benar ada sidang media, biarlah mereka yang menghuraikan andai ada kemusykilan ingin ditanya wartawan.
“Tidak wajar untuk saya masuk campur urusan yang sudah dirancang pihak suami. Biarlah dia saja yang menjelaskan perkara sepatutnya.
“Bukan tidak mahu mengambil tahu, tetapi lebih manis jika buat masa ini saya mendiamkan diri. Keadaan ini lebih baik untuk semua pihak.”
Suami Adira ‘Gentleman’, Komen Kisah Kahwinnya Di FB Mynewshub
Sebelum ini, Mynewshub berjaya menghidu berita perkahwinan Adira dengan suaminya itu selepas seorang wanita dipercayai madunya meninggalkan komen mengatakan mereka kini berkongsi suami.
Dari situ, Adira tampil membuat pengakuan bahawa dia sudah bernikah di Songkhla, Thailand, tiga minggu lalu selepas hanya dua kali bertemu suaminya itu.
Adira sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi Hafiz Suip dan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin. – MYNEWSHUB.CC
Adira bimbang jika jadi ‘Andartu’