• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Perlu Pemimpin Strategik Hadapi Perubahan Semasa

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam mendepani arus transformasi serta cabaran semasa bagi mencegah rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan lebih ramai pemimpin strategik berbanding pemimpin operasi, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Selain penambahbaikan operasi, beliau berkata kepakaran, strategi, dasar serta sumber manusia yang bijak dan tepat pada tempatnya adalah penting dalam usaha membawa SPRM ke peringkat lebih tinggi.

“SPRM memerlukan perubahan yang lebih besar seiring keperluan dan tuntutan semasa. Lazimnya jika seseorang pemimpin operasi itu mahir dalam siasatan, dia akan fokus kepada bidang itu sahaja dan jika mahir dalam pencegahan, mereka tertumpu kepada pencegahan sahaja.

“Tetapi pemimpin strategik bukan sahaja mempunyai pengetahuan, malah mampu mengenal pasti perubahan semasa dan persekitaran serta bijak mengendali perubahan tersebut,” katanya ketika ditemui Bernama pada program ‘Integrity-Based Leadership’, di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), baru-baru ini.

Menyentuh tentang perubahan masyarakat hari ini yang menuntut ketelusan dalam siasatan kes-kes tertentu SPRM, Abu Kassim tidak menyangkal situasi berkenaan sememangnya jauh berbeza jika dibandingkan dengan tempoh 10 tahun lepas.

“Cabaran hari ini adalah kita berhadapan dengan ‘public demand’ yang meminta SPRM supaya lebih telus. Mereka mahu melihat sejauh mana SPRM bijak menerangkan kepada masyarakat akan sesuatu perkara dan sejauh mana kita bebas serta tegas dalam menjalankan tugas.

“Justeru, sekarang SPRM mengubah dasar untuk menjadi lebih telus dalam menjelaskan tindakan-tindakan (yang diambil SPRM), namun pada masa sama mengambil kira batasan undang-undang,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemimpinSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd