• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Arah Tambah Bilangan Bas Henti-Henti

oleh Ahmad Albab
16/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengarahkan syarikat pengendali bas henti-henti menambah bilangan bas yang beroperasi di beberapa kawasan tertentu bagi memenuhi permintaan orang ramai.

SPAD dalam satu kenyataan media berkata, syarikat pengendali bas henti-henti yang gagal mematuhi arahan itu bakal dikenakan tindakan termasuk perkhidmatan mereka di kawasan terbabit digantikan oleh syarikat lain. .

Menurut SPAD, syarikat-syarikat bas terbabit turut diarah supaya menyewa bas yang sesuai daripada syarikat pengendali yang lain sebagai langkah alternatif sehingga bas yang beroperasi di kawasan itu mencukupi.

“SPAD yakin bahawa dengan adanya bas-bas tambahan, para pengguna di kawasan-kawasan terlibat akan dapat melihat kekerapan yang lebih baik serta masa menunggu yang lebih pendek.

“SPAD akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas. Tindakan yang akan dikenakan adalah termasuk memberikan laluan kepada pengendali bas yang lebih berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut bagi memenuhi permintaan pengguna,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata SPAD, arahan itu membabitkan penambahan sebanyak 22 bas di koridor Jalan Ipoh bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik di kawasan Taman Ehsan, Sri Sinar, Bandar Baru Selayang dan Selayang Utama.

Manakala, kata SPAD, sebanyak 10 buah bas tambahan lagi akan dikerahkan ke Koridor Sungai Besi yang merangkumi Serdang dan laluan dari Putrajaya ke Bandar Utama.

“Selain itu, pengendali yang menyediakan perkhidmatan bagi koridor Lebuh Raya Persekutuan akan menambah 27 buah bas bagi meliputi kawasan yang berikutnya; Kampung Delek, Pandamaran, Sri Pendamar, Johan Setia, Sungai Rasau, Banting dan Bandar Klang pada 25 Disember ini,” kata SPAD.

SPAD dalam pada itu memaklumkan sedang memantau operasi pengendali melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (PMHS) bagi menstabilkan perkhidmatan bas henti-henti menjelang 31 Disember 2015.

Justeru, kata SPAD, orang ramai digalakkan menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723 (SPAD) untuk menyuarakan pandangan mereka perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.

“Orang ramai boleh juga emel kepada [email protected], atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial yang di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter – @aduanSPAD dan @SPADchannel,” kata kenyataan itu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]n6UXOHMkIXA[/wpdevart_youtube]

Tags: SPAD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd