• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siam 7X – Peranti Android Yang Membawakan Dua Skrin

oleh AK-47
11/12/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

PILIHAN jenama peranti pintar yang mempunyai fungsi dua skrin di pasaran pada masa ini mungkin terbatas kepada sebuah jenama sahaja iaitu YotaPhone dari Rusia.

Peranti dwi skrin tersebut telah dilancarkan di Malaysia pada tahun lepas dan ia sememangnya membuatkan kaki penggemar peranti pintar unik begitu teruja dengan kemunculannya.

Paparan peranti yang menggunakan gandingan skrin LCD dan e-Ink pada bahagian belakang menjadikan YotaPhone sebagai sebuah peranti pertama di pasaran yang tampil memberikan kelainan.

Kini sebuah lagi jenama yang turut membawakan teknologi dua skrin telah diperkenalkan di pasaran, iaitu Siam 7X.

Siam 7X membawakan skirin LCD 5 inci dibahagian hadapan dan skrin kedua pada bahagain belakang adalah skrin e-Ink 4.7 inci.

siam

Ia diperkasakan pemproses MediaTek MTK6735A, kamera utama 16 Megapixel dam kamera hadapan 8 Megapixel.

Ia turut dilengkapi bateri sebesar 2100 mAh dan menggunakan Android Lollipop.

Fungsi unik yang disertakan ialah pengimbas telinga untuk menyahkunci peranti.

Kamera hadapan menggunakan teknologi Descartes Biometric Helix yang mengimbas telinga pengguna sebagai langkah keselamatan.

Peranti ini dijual pada harga bermula AS$470 (RM2,000) sebuah, pastinya harga yang agak mahal bagi sebuah peranti kelas pertengahan.

Tetapi sekiranya anda mahukan peranti unik dengan dua skrin, Siam 7X adalah antara sebilangan kecil peranti yang memberikan fungsi ini di pasaran dunia. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Kickstarter

Tags: kreatifperanti pintarTeknologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenapa KPM Lewat Agih Laptop? – Najib

26/04/2021
0

DARI FB NAJIB RAZAK BANTUAN 150,000 unit peranti bagi murid-murid golongan B40 dilulus dalam bajet 2021. Dijanji kerajaan untuk dipercepatkan...

Separuh Pekerjaan Di Malaysia Bakal ‘Pupus’

21/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang. Ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd