• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Contohi Malaysia Pelbagai Sumber Sebab Harga Minyak Jatuh

oleh
02/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan Arab Saudi bakal mencontohi langkah diambil Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mempelbagaikan sumber pendapatan untuk menangani kejatuhan harga minyak global.

Menurut laporan media antarabangsa, pada tahun 2009, kira-kira 41.3% daripada pendapatan negara Malaysia adalah daripada sektor minyak dan gas – berjumlah RM85.1 bilion keseluruhan pada tahun 2009.

Pada tahun ini, pendapatan untuk sektor berkenaan dijangka berjumlah RM31 bilion sahaja – berkemungkinan akan menjadi lebih rendah kerana ia mengikut jangkaan harga minyak Brent pada nilai AS$48 setong.

Pada masa ini, harga minyak Brent ialah AS$37.80 setong. Ini bermakna kurang RM60 bilion hingga RM70 bilion daripada pendapatan negara akan berkurangan pada tahun 2016 berbanding tahun 2009.

Jadi, daripada mana tambahan RM70 bilion setahun boleh diperoleh untuk menyelamatkan ekonomi kita? Pada 2009, kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baharu Ekonomi (MBE).

Ini kerana kerajaan Malaysia sudah menjangkakan senario seperti ini mungkin akan berlaku.  Lihat
http://www.epu.gov.my/epu-theme/pdf/nem.pdf

Dari pertengahan 1970-an, sumbangan daripada minyak dan gas meningkat ialah kira-kira 40% daripada jumlah hasil kerajaan. MBE mencadangkan beberapa pembaharuan dalam mempelbagaikan sumber pendapatan negara.

Asas cukai yang lebih luas adalah satu bahagian penting dalam pembaharuan, di mana pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah komponen utama.

Asas cukai yang lebih pelbagai diperlukan untuk mengimbangi pengurangan hasil daripada sektor minyak dan gas pada masa hadapan.

Secara keseluruhan, satu lagi matlamat pembaharuan fiskal adalah untuk kurang kadar cukai peribadi dan korporat, yang akan beri insentif kepada individu dan syarikat meningkatkan pendapatan dan keuntungan mereka.

Dengan rizab minyak sebanyak 4 bilion tong dan kadar pengeluaran hanya kira-kira 250 juta tong setahun, mempelbagaikan sumber pendapatan boleh bantu negara membuat persiapan apabila rizab minyak berkurangan.

Ini adalah masalah yang tidak pernah dihadapi dan tidak juga cuba untuk ditangani oleh kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Itulah sebabnya pentadbiran beliau langsung tidak berani untuk melaksanakan GST dan pelbagai usaha pembaharuan cukai yang lain.

Dan kerajaan Mahathir dahulu mungkin tidak membayangkan bahawa satu hari nanti penggunaan minyak dalam negara akan melebihi pengeluaran minyak negara kita – yang mana betul-betul telah berlaku pada 2013 dan 2014.

Dengan perancangan teliti oleh pihak Kementerian Kewangan, EPU dan PEMANDU di Jabatan Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada ETP pada 2009, kebergantungan negara kita kepada sektor minyak telah menurun.

Bayangkanlah daripada paras bahaya iaitu 41.3% pada tahun 2009 ia berjaya turun kepada hanya 14.1% atau lebih rendah dijangkakan pada tahun 2016.

Malah, walaupun harga minyak dan gas menurun pada paras sangat rendah, eksport Malaysia terus berkembang manakala pendapatan negara kekal stabil dan ekonomi domestik terus berkembang.

Hakikatnya negara kita berjaya meneruskan trajektori pertumbuhannya.

Tidak seperti negara lain yang bergantung kepada sektor minyak dan komoditi, langkah sengaja dan dirancang untuk mengurangkan kebergantungan negara sejak lebih daripada 6 tahun lalu.

Ini sekali gus berjaya menyebabkan kedudukan kewangan Malaysia kurang terdedah kepada impak penurunan harga tenaga global.

Jika kerajaan tidak mempunyai pandangan jauh dan disiplin untuk mengurangkan kebergantungan ini, ia boleh menjadi masalah besar kepada Malaysia pada tahun ini dan tahun depan.

Pada Khamis, Raja Arab Saudi, Raja Salman telah bertitah mengarahkan pembaharuan ekonomi untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap minyak.

Ia berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah – dengan salah satu daripada langkah yang diambil oleh Arab Saudi dan negara-negara Arab yang lain ialah perlaksanaan cukai GST dalam masa terdekat ini.

Mari berikan kredit kepada pihak yang menjayakannya antaranya pihak PEMANDU, Idris Jala, EPU dan Perdana Menteri sendiri yang sememangnya berhak mendapat penghargaan.

 Ini kerana mereka telah menjangkakan dan mempersiapkan negara dengan langkah-langkah pencegahan untuk menyelesaikan masalah ini dan meletakkan Malaysia pada landasan yang kukuh. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Tun M Kisah Derma Gila Tok Arab Bodoh Kedekut

Juga: Fitnah Yang Sering Disebarkan Terhadap Arab Saudi

Tags: Arab Saudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd