• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saran Universiti Awam Jalin Kerjasama Dengan Universiti Korea Selatan

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Universiti Awam (UA) Malaysia disaran agar menjalin kerjasama dan mengadakan program berkembar dengan universiti di Korea Selatan bagi menggalakan pelajar negara itu belajar di Malaysia.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar UA mengadakan promosi strategik dengan mengguna nama baik dan prestasi membanggakan mereka untuk menarik minat pelajar Korea.

“Adalah bagus jika UA di Malaysia dan Korea dapat menjalin kerjasama untuk menawarkan program pengajian Bahasa Malaysia,” titah baginda pada perjumpaan dengan pelajar Perlis yang menuntut di Seoul semalam.

Pada perjumpaan itu Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan zakat pendidikan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM1,000 seorang kepada Nabila Nazri, 22, Nurain Munirah Mohd Azam, 22, Nuhusnina Hakimi, 20, dan Siti Aisyah Mohd Ridzuan, 19.

Baginda selaku pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YSTP) Perlis turut menyumbang bantuan yayasan sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap pelajar tersebut.

Syed Faizuddin yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melakukan lawatan kerja ke Korea selama seminggu bermula 1 Disember lepas yang turut diiringi Naib Canselor Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin dan pegawai-pegawai kanan UniMAP.

Baginda bertitah program yang boleh ditawarkan oleh UA Malaysia ialah seperti pengajian Bahasa Melayu kerana Hankuk University of Foreign Studies di Seoul turut menawarkan pengajian bahasa Melayu-Indonesia yang memfokus pada bahasa Indonesia.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan sumbangan MAIPs dan YSTP kepada masjid di Seoul, Daejeon dan Busan. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lakonan Syahrul Ridzwan Hambar, Minta Beri Peluang

Next Post

APBN Lakukan Persediaan Rapi Hadapi Musim Tengkujuh

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

Next Post

APBN Lakukan Persediaan Rapi Hadapi Musim Tengkujuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd