Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Jangan Terlalu Cepat Longgarkan...

KUALA LUMPUR : Kerajaan disarankan tidak terlalu tergesa-gesa dalam melonggarkan prosedur operasi standard...

Sebuah Sekolah Rendah Ditutup...

MIRI - Sebuah sekolah rendah ditutup manakala sebuah rumah panjang dinaiki air setinggi...

Tingkat Kerjasama Dengan AS...

KUALA LUMPUR – Malaysia berharap untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS)...

Felda Sasar 5,000 Anak...

GUA MUSANG - Felda menyasarkan kira-kira 5,000 anak peneroka di seluruh negara menyertai...

Remaja Suspek Kes Samun Kedai Serbaneka 24 Jam Ditahan

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang remaja lelaki dipercayai terlibat kes samun kedai serbaneka 24 jam dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Aru Lama, pada kira-kira 2 petang, Isnin lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata remaja berusia 17 tahun itu juga masih dalam tempoh perbicaraan bagi dua kes samun kedai serbaneka 24 jam, pada April lepas.

“Hasil serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, sebilah pisau dan beg silang yang digunakan suspek sewaktu melakukan samun pada Ahad lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dengan tertangkapnya remaja berkenaan, polis turut mengenal pasti seorang lagi rakannya yang masih bebas berusia 17 tahun dikenali sebagai Ijam dari Kampung Pondo, Pulau Gaya.


Dalam kejadian itu, Chandra berkata kedua-dua suspek remaja berkenaan menyamun premis yang terletak di Api-Api Centre pada 1.45 petang dan melarikan wang tunai sebanyak RM800.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Albert Basiri melalui 019-8306586 atau mana-mana balai polis berdekatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori