• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan Maut Dalam Kemalangan Di Nilai

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Seorang remaja perempuan maut apabila kereta yang dipandu rakannya melanggar belakang sebuah treler di Km275.1 arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, Tan Su Hua, 19, penumpang hadapan maut di tempat kejadian.

“Seorang rakan lelaki yang duduk di tempat duduk belakang parah di kepala, manakala pemandu dan seorang lagi penumpang, masing-masing lelaki dan perempuan, cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya kereta Toyota Vios yang dipandu Heng Jin Yong, 19, dipercayai hilang kawalan dan merempuh treler itu yang menyebabkan kereta itu berpusing beberapa kali ke hadapan sejauh kira-kira 70 meter dan berhenti dalam keadaan terbalik.

Beliau berkata mayat Tan dan kesemua mangsa yang cedera berusia antara 17 hingga 19 tahun itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd