• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahman Dahlan Fail Saman Terhadap Portal Berita

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengarahkan peguamnya memulakan tindakan untuk memfailkan saman terhadap satu portal berita bertujuan untuk membersihkan namanya.

“Saya tegaskan di sini bahawa tindakan saya pada hari ini bukan untuk menyekat kebebasan media tetapi sebagai peringatan kepada portal-portal berita online supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan sesuatu berita dan tidak mengkompromi fakta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 25 Nov, Abdul Rahman berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap portal berita tersebut akibat daripada tindakan memuat naik sebuah video berhubung kenyataannya berhubung migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar pada satu sidang media di Kuala Lumpur pada 3 Nov lepas.

Katanya peguam yang menyerahkan surat tuntutan bertarikh 24 Nov kepada portal berita tersebut dan juga penulisnya, menuntut antara lain supaya mereka mengeluarkan dan menerbitkan satu permohonan maaf terhadapnya akibat penerbitan video yang diedit.

Beliau juga menuntut portal berita dan penulis berkenaan supaya memberi akujanji untuk tidak menerbitkan, mengeluarkan, mencetak atau menyebabkan dicetak atau diterbitkan perkataan-perkataan atau perkara serupa yang memfitnah beliau.

“Malangnya, saya telah menerima surat balasan daripada portal berita online bertarikh 27 Nov di mana mereka gagal memberikan jawapan yang memuaskan,” katanya. – BERNAMA

Tags: portal beritaRahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Huawei Memperlihatkan Teknologi Pengecasan Pantas

Next Post

Polis Tumpaskan ‘Geng Zairul’, 5 Lelaki Ditahan

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

PRU15: Rahman Dahlan Antara 5 Nama BN Kota Belud

PRU15: Rahman Dahlan Antara 5 Nama BN Kota Belud

14/10/2022
0

KOTA KINABALU : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan namanya adalah antara lima calon yang...

Next Post

Polis Tumpaskan 'Geng Zairul', 5 Lelaki Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd