• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpaskan ‘Geng Zairul’, 5 Lelaki Ditahan

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun Geng Zairul selepas menahan lima lelaki tempatan termasuk ketuanya yang aktif melakukan jenayah itu di sekitar Lembah Klang pada 22 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Rozi Jidin berkata kumpulan itu menyasarkan kedai serbaneka 24 jam, farmasi dan stesyen minyak bagi menjalankan kegiatan itu.

“Kami berjaya menahan anggota geng ini yang berusia 16 hingga 29 tahun di dua buah rumah di Bandar Country Home, Rawang dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Kami turut merampas sepucuk pistol tiruan, sebuah motosikal dan sebuah kereta yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktivi jenayah mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Rozi berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka yang ditahan positif dadah jenis methaphetamine dan ada yang mempunyai rekod jenayah lampau antaranya samun dan pecah kereta.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jenayahkes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd