• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tidak Pandang Ringan Penglibatan Anggota Keselamatan Dalam Aktiviti Keganasan

oleh Ahmad Albab
05/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Penglibatan anggota pasukan keselamatan dalam kegiatan keganasan seperti kumpulan militan IS (Daesh) merupakan satu ancaman yang tidak boleh dipandang ringan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata dalam menangani situasi itu, polis tentunya perlu lebih berwaspada dalam merencana tindakan kerana individu yang diawasi telah terlatih dalam pelbagai aspek seperti persenjataan.

“Kita tidak akan berkompromi, malah mereka yang telah dilatih ini akan kita beri keutamaan dalam memberikan perhatian terhadap penglibatan dalam kegiatan keganasan.

“Oleh kerana mereka ini telah dilatih, kita juga perlu tindakan khusus dan lebih berwaspada dalam tindakan yang dibuat,” katanya mengulas penahanan beberapa anggota keselamatan sebelum ini termasuk yang terbaharu penangkapan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kota Bharu, Kelantan antara 17 November hingga Selasa lepas kerana dipercayai terbabit kegiatan keganasan.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup pertandingan lasak terbuka Polis di Raja Malaysia (PDRM) sempena ulang tahun penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) ke-60 di Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini, Khalid berkata pengawasan polis sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada mana-mana pasukan keselamatan, sebaliknya tindakan membasmi kegiatan keganasan dilakukan secara menyeluruh.

Beliau juga memberi jaminan polis tidak akan memberikan ruang kepada mana-mana pihak untuk menggunakan anggota keselamatan dari negara ini bagi menjalankan aktiviti keganasan.

Terdahulu, Khalid dalam satu kenyataan media berkata selain anggota RELA berusia 59 tahun itu, polis dari Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman turut menahan empat warga asing, masing-masing terdiri daripada seorang warga Eropah, Afrika, Indonesia dan Bangladesh dalam satu operasi khas di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor.

Menurut kenyataan itu, suspek yang bekerja sebagai tukang jahit itu dipercayai bertanggung jawab merekrut anggota sel baru untuk terbabit keganasan di luar negara.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan mengesahkan lebih 10 anggota tentera telah ditahan kerana terlibat dalam kumpulan pengganas Daesh sejak dua tahun lepas.

Dalam pada itu, Khalid berkata selaras dengan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012, beliau telah menguatkuasakan Arahan Ketua Polis Negara No 2 bersabit PSP berkuatkuasa hari ini, sebagai antara inisiatif memastikan pelaksanaan akta itu selaras dengan seruan hak asasi manusia.

Beliau berkata arahan itu telah melalui beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan hasil saranan beberapa pihak, antaranya pejuang hak asasi manusia, badan bukan kerajaan terutamanya dalam urusan mengendalikan sebarang perhimpunan agar sebarang tindakan kekerasan jika perlu, digunakan seminimum mungkin.

Arahan ini adalah bagi menggantikan Arahan Ketua Polis Negara No 2 yang terdahulu dan dengan berkuatkuasanya arahan terbaharu ini, Perintah Kawalan dan Pengoperasian PSP akan lebih tersusun dan berstruktur di bawah kuasa Komandar PSP, katanya. – BERNAMA

Tags: keganasanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd