• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Palsu Ditahan Ketika Menyamun

oleh Ahmad Albab
30/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Dua lelaki yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan menyamun warga Myanmar di Jalan Sentosa, Larkin ditahan Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata sejurus menerima maklumat dari orang awam, lima anggota ronda bermotosikal segera ke lokasi kejadian pada 8.15 malam.

“Tindakan cepat pihak polis ke lokasi kejadian membolehkan mereka menangkap suspek yang masih berada di rumah mangsa samun itu,” kata beliau menerusi satu kenyataan di sini Rabu.

Sebelum itu, kedua-dua suspek berkenaan telah masuk ke dalam rumah mangsa dan mengaku sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad warna merah kepada dua orang warga Myanmar itu.

“Suspek kemudiannya bertindak memukul kedua-dua lelaki Myanmar itu dengan sebatang kayu sambil mengarahkan mereka mengeluarkan pasport,” katanya.

Sulaiman berkata pihak polis turut merampas sebatang kayu panjang lebih kurang satu meter, sekeping kad kuasa polis atas nama seorang suspek dan sebuah motosikal.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek memiliki rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan Samun dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua suspek juga positif dadah jenis Amphetamine, dan kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai polis. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd