• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilih Universiti Awam Untuk Dinaik Taraf Universiti Terkenal Dunia

oleh Ahmad Albab
01/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pengerusi Penganjur Persidangan Mesyuarat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (Universiti Awam) 2015 Tun Zaki Tun Azmi mencadangkan supaya kerajaan memilih satu atau dua universiti awam (UA) di negara ini untuk dinaik taraf menjadi universiti terkenal dunia.

Beliau berkata, meskipun negara tidak mampu mengangkat kesemua UA ke taraf sama seperti University Of Oxford dan Cambridge, tidak mustahil negara boleh mencapai hasrat itu sekiranya satu atau dua UA berkenaan dipupuk menjadi antara 20 universiti terbaik dunia.

“Berdasarkan cadangan saya ini, tentu ada yang berfikir kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sedang melaksanakannya dengan membangunkan Universiti Penyelidikan (UP), namun UP pun sudah terlalu banyak bagi mencapai cadangan ini,” katanya ketika berucap pada persidangan itu dekat sini Selasa.

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Nik Ali Mat Yunus yang mewakili Ketua Setiausahanya Datuk Dr Zaini Ujang.

Beliau turut menyarankan supaya dipilih satu UP dan dijadikan sebagai Universiti Penyelidikan Khas.

Dalam pada itu katanya, sebuah universiti di luar negara tidak menjadi pakar dalam semua bidang.

“Kita juga boleh pilih satu atau dua bidang sahaja dan terus meningkat maju dalam bidang tersebut,” jelasnya.

Tun Zaki berkata, dalam melaksanakan cadangan itu kerajaan misalnya perlu melantik Naib Canselor dari kalangan individu terbaik sama ada dari dalam atau luar negara bagi mengurus pentadbiran universiti tersebut.

“Dari segi perbelanjaan, mungkin kita boleh gantikan peruntukan yang dikhaskan bagi menghantar pelajar kita ke luar negara kepada pelaksanaan apa yang saya sebutkan tadi iaitu seperti mengambil perkhidmatan pensyarah terbaik,” tambahnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, setiap UA di Malaysia perlu bekerjasama dengan memberi sokongan penuh ke atas universiti terpilih itu dan tidak perlu berasa cemburu.

Sementara itu, Zaini dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Nik Ali berkata bermula pada bulan September sehingga hujung tahun ini, kementeriannya sedang bekerjasama dengan UA terpilih sebagai universiti rintis untuk jadi peneraju.

“Mulai tahun 2016 dan seterusnya kita bakal menggunakan kontrak prestasi secara berperingkat dengan universiti awam yang telah dikenal pasti berserta dengan penggunaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang bersesuaian manakala kementerian kami berperanan memantau dan mengawasi perkembangan UA itu,” jelasnya.

Katanya sehubungan itu, semua langkah pelan pelaksanaan dari semua pihak berkepentingan akan disertakan secara intensif dalam memastikan pandangan dan cadangan yang dikemukakan itu diambil kira sewajarnya. – BERNAMA

Tags: Universiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd