• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Tentera Udara Ditemui Mati Tergantung Di Pintu Gerbang

oleh AK-47
23/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki yang merupakan pesara tentera udara, Asok Kumar Koyamboo, 53; dipercayai menggantung dirinya di tiang perancah pintu gerbang Kota Darul Ehsan, Lebuh Raya Persekutuan, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman, mayat berkenaan ditemui oleh orang awam yang secara kebetulan melalui kawasan laluan sibuk berkenaan sekitar pukul 4.30 pagi.

Pihak polis terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur untuk menurunkan mayat yang tergantung pada ketinggian 30 meter.

Mayat mangsa yang menetap di Seksyen 5, Petaling Jaya, Selangor kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dekat ibu negara untuk menjalani proses bedah siasat selanjutnya.

Untuk peringkat awal, pihak polis percaya tiada sebarang elemen berunsurkan jenayah yang boleh dikaitkan dengan misteri punca kematian lelaki tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh diri.

Pintu gerbang tanda sempadan Selangor-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu mencetuskan sensasi baru-baru ini apabila seorang ahli seumur hidup PKR mendedahkan kos kerja pengindahannya.

Aktivis sukarelawan propembangkang terkenal itu mendakwa kerajaan negeri Selangor membazir apabila berbelanja RM9.7 juta untuk aktiviti mencantikkan pintu gerbang tersebut. – MYNEWSHUB.CC

image1

image2

Baca: Ahli PKR Kecewa Azmin Belanja RM9.7 Juta Cantik Pintu Gerbang

Chegubard dedah pembaziran baik pulih Kota Darul Ehsan RM9.7 juta.

Tags: bunuh dirikematianLebuhraya
Share212Tweet133SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd