PERKAHWINAN bekas anggota kumpulan Girls Aloud, Cheryl Fernandez-Versini sebelum ini dikhabarkan sedang berantakan dan kini laporan terbaru menyebut Cheryl ditinggalkan sendirian oleh suaminya Jean-Bernard.
Menurut The Sun, Cheryl, 32, ditinggalkan di rumah mereka di London ketika dia berdepan tekanan menjelang minggu akhir X Factor sedangkan suaminya sedang berparti di Miami.
Jean-Bernard juga dilaporkan tinggal di hotel di Miami melebihi tempoh seminggu seperti yang dirancangnya sebelum ini.
“Ia sesuatu yang tidak wajar apabila Jean-Bernard meninggalkan Cheryl sendirian dan Cheryl juga terpaksa menjawab soalan mengenai perkahwinan mereka.
“Sumber juga menyatakan mereka tidak lagi bersama secara fizikal selepas sekian lama berjauhan,’’ lapor The Sun.
Pasangan itu dilihat bersama di khalayak ramai pada Julai lalu dan dua bulan lepas ketika mereka menghadiri satu majlis.
Jean-Bernard yang juga seorang pemilik restoran di Perancis juga tidak menemani isterinya yang menjadi juri X Factor, berbanding tahun lepas di mana dia tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada Cheryl.
Bagaimanapun pada November lalu Jean-Bernard telah menafikan laporan mengenai keretakan perkahwinannya.
Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis tertutup di Cannes pada Julai 2014, selepas tiga bulan berkenalan.
Dalam pada itu, Cheryl dikatakan akan kembali ke studio pada tahun depan untuk menerbitkan album solo kelimanya.
Cheryl sebelum ini pernah berkahwin dengan bintang bola sepak Ashley Cole pada 2006 dan bercerai pada 2010. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]NPUZh8R1rxw[/wpdevart_youtube]

