Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Gara-Gara Tabiat...

 SEORANG lelaki meninggal dunia ekoran tabiatnya yang gemar menggigit kuku hingga tahap ekstrem, menyebabkan...

Bentang Hudud 18 Mac,...

(Petikan: Free Malaysia Today)PETALING JAYA: Rang-undang-undang Hudud yang bakal dibentang oleh kerajaan negeri...

“Demi Anak… Saya Perlu...

"SEMAKIN kuat saya lawan, semakin banyak didatangi ujian kerana setahun selepas jalani CAPD,...

Pemilihan PKR Cabang Julau...

KUALA LUMPUR – Pemilihan PKR cabang Julau di Sarawak tidak akan diadakan semula...

Perbarisan, Acara Menaikkan Bendera Buka Tirai PAU 2015

KUALA LUMPUR – Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO tiba pada pukul 9 pagi bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut oleh Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaludin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Najib, yang berpakaian baju Melayu berwarna merah diiringi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke pentas khas untuk menerima tabik hormat daripada komander perbarisan, Komander Ramlan Ramli serta 150 anggota ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Najib kemudian menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ dengan diiringi nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ oleh para anggota dan hadirin yang menyaksikan acara itu.

Terdahulu, lagu tema perhimpunan pada kali ini ‘Melayu Bersatu’ dinyanyikan oleh kumpulan koir mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Selesai majlis itu, Najib bergerak ke Dewan Merdeka bagi menyampaikan ucapan dasar Presiden sekaligus merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015, yang berlangsung selama tiga hari hingga Sabtu.

Sebanyak 5,738 perwakilan terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung UMNO serta 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri persidangan kali ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori