• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbarisan, Acara Menaikkan Bendera Buka Tirai PAU 2015

oleh Ahmad Albab
10/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO tiba pada pukul 9 pagi bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut oleh Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaludin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Najib, yang berpakaian baju Melayu berwarna merah diiringi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke pentas khas untuk menerima tabik hormat daripada komander perbarisan, Komander Ramlan Ramli serta 150 anggota ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Najib kemudian menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ dengan diiringi nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ oleh para anggota dan hadirin yang menyaksikan acara itu.

Terdahulu, lagu tema perhimpunan pada kali ini ‘Melayu Bersatu’ dinyanyikan oleh kumpulan koir mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selesai majlis itu, Najib bergerak ke Dewan Merdeka bagi menyampaikan ucapan dasar Presiden sekaligus merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015, yang berlangsung selama tiga hari hingga Sabtu.

Sebanyak 5,738 perwakilan terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung UMNO serta 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri persidangan kali ini. – BERNAMA

Tags: PAU 2015pwtc
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Tergempar Dihadiri Ahli Parlimen BN

26/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat tergempar diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)...

‘Bulan’ Berkibar Megah Bersama ‘Sang Saka Bangsa’ Di PWTC

13/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya bendera PAS berkibar sama aras dengan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd