• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Maut Digilis Selepas Terjatuh Daripada Motosikal

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang lelaki yang terjatuh di tengah lebuh raya selepas merempuh belakang sebuah treler maut digilis beberapa kenderaan di Kilometer 219.5 Lebuhraya Utara-Selatan tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Mohd Ismail Muhammad Yusuf yang mengesahkan kejadian itu berkata ketika kejadian kira-kira 12.45 tengah malam itu, motosikal yang ditunggang Mohd Shahrul Fitri Ahmad Said, 20, telah melanggar belakang sebuah treler lalu terjatuh di atas jalan.

“Pemandu treler yang berada di lorong kiri dari arah utara menuju ke selatan telah terdengar dentuman di bahagian belakang treler dan mendapati mangsa telah melanggar belakang treler dan terjatuh.

Kemudian sebuah motosikal dari arah sama juga cuba mengelak mangsa lalu terbabas di kiri jalan…mangsa kemudian telah digilis oleh kenderaan yang lalu lalang di situ,” katanya.

Beliau berkata mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah.

Menurutnya, kesemua kenderaan terlibat ditahan bagi pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd