Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Menipu Sampai Ke Puncak...

SEPASANG suami isteri yang bekerja sebagai anggota polis, telah dipecat selepas mereka menipu...

Rohingya: Timbalan Ketua Pemuda...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Muhammad Khalil Abdul...

Tuntutan RM1.69 Bilion LHDN...

BANGI – Dakwaan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen sekiranya gagal membayar tunggakan cukai...

SPR Bermesyuarat Esok Bagi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan...

Peniaga Buntu, Bisnes Ratusan Ribu Kena Gulung Tikar

KOTA BHARU – Peniaga vape di Kelantan meminta kerajaan negeri supaya mengkaji semula keputusan tidak memberikan lesen kepada mereka memandangkan ia menyebabkan hampir 500 peniaga di negeri ini terpaksa menanggung kerugian hampir RM50 juta selepas perniagaan mereka terpaksa ditutup dan hanya diberi tempoh 14 hari mengosongkan premis bermula kelmarin.

Peniaga, Khaleb Khan berkata, keputusan terbabit menyebabkan mereka buntu memandangkan sebelum ini mereka memohon lesen untuk menjual alat peranti dan perisa vape itu melalui lesen perniagaan elektronik.

“Kami kecewa memandangkan kesemua peniaga vape terpaksa gulung tikar serta-merta selepas keputusan diumumkan kerajaan negeri kelmarin.

“Apa yang kami harapkan pihak terbabit dapat menimbang semula keputusan itu yang jelas menyebabkan kami buntu dan tidak dapat meneruskan perniagaan,” katanya pada sidang media khas di Lundang, semalam.

Khaleb berkata, hampir 99 peratus peniaga vape di Kelantan merupakan peniaga Melayu dan merupakan anak jati negeri ini dan ia memberi kesan kepada seluruh peniaga-peniaga vape yang mengeluarkan modal lebih ratusan ribu dalam perniagaan terbabit.

“Oleh itu kami berpendirian isu ini akan dibawa ke mahkamah dan menyerahkan tuntutan kepada kerajaan negeri bagi memastikan industri vape sama taraf dengan industri rokok,” katanya.


Beliau yang juga ahli jawatankuasa solidariti vape Malaysia (Kelantan) turut akan menganjurkan perbahasan awam yang akan dihadiri oleh ahli akademik, pihak kesihatan, agamawan dan pelbagai pihak tentang isu terbabit dalam masa terdekat.

“Kami juga akan mengadakan perjumpaan dengan peniaga-peniaga vape bertempat di Restoran Bonda di Lundang esok (hari ini) bagi membincangkan isu ini dan menandatangani memorandum bersama tanda bantahan kami terhadap keputusan kerajaan negeri.

“Jangan hanya kerana ada satu kes melibatkan peniaga vape ditahan kerana mencampurkan unsur-unsur dadah, kesemua peniaga turut terheret sama.

“Lagipun kami bukannya menggalakkan penagihan tetapi mengurangkan ketagihan merokok tegar yang kebanyakan beralih kepada vape dalam usaha berhenti mengurangkan tabiat merokok,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori