• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakar Kereta Dekat LRT: Despatch Mengaku Tak Bersalah

oleh Ahmad Albab
02/01/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan khianat menggunakan bahan api sehingga menyebabkan kebakaran enam kenderaan di tempat letak kereta berhampiran Stesen LRT Taman Jaya, Isnin lalu.

Budiman Shah Baharudin, 26, didakwa melakukan khianat menggunakan petrol dalam botol mineral dengan cara membalingnya ke arah kereta jenis Proton Wira milik Muhammad Nor Fikri Razali, 20, sehingga menyebabkan kebakaran lima kenderaan lain iaitu Proton Gen 2, Toyota Vios, Honda City, Suzuki Swift dan Proton Saga FLX.

Tindakan tertuduh itu juga menyebabkan kebakaran harta awam iaitu laluan berbumbung sepanjang 30 meter, papan agihan elektrik, tiang konkrit, lantai konkrit, papan iklan dan sebatang tiang lampu trafik yang keseluruhannya bernilai RM449,600.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Persiaran Barat di sini antara pukul 12.50 tengah hari dan pukul 1.15 tengah hari, 21 Dis lalu.

Tertuduh yang memakai baju T berwarna krim didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang wang jaminan, namun peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai kebarangkalian untuk melarikan diri.

“Dalam kes ini tertuduh tinggal bersama penjamin (iaitu ibunya), penjamin boleh memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah, tidak ada sebab untuk tertuduh melarikan diri.

“Selain itu tertuduh yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai penghantar surat itu hanya berpendapatan RM800 sebulan dan perlu menanggung kedua ibu bapanya,” katanya sambil menambah tertuduh bersedia menerima sebarang syarat tambahan yang diperintahkan mahkamah sekiranya perlu.

Hakim Manira Mohd Nor membenarkan tertuduh yang ditangkap pada hari kejadian itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jan untuk sebutan semula kes.

Isnin lepas, masyarakat termasuk netizen di laman sosial digemparkan dengan insiden kebakaran enam kenderaan.

Siasatan awal polis mendapati seorang lelaki bermotosikal telah menghampiri sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu, lalu bertindak membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang sebuah kenderaan sehingga menyebabkan lima kenderaan lain yang berdekatan turut terbakar. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]SqiRJ51OHiY[/wpdevart_youtube]

Tags: khianat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kerana...

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

05/03/2025
3

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd