• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur Kejohanan Skuasy Wanita Dunia Ugut Kerajaan – Khairy

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa Malaysia tidak akan membiarkan diugut oleh penganjur Kejohanan Skuasy Wanita Dunia.

Menteri Belia dan Sukan berkata, penganjur berkenaan, Hallmark Events Group pada Jumaat mengakui selain kebimbangan mereka terhadap isu keselamatan, alasan lain dalam mencadangkan penundaan acara itu disebabkan masalah kewangan.

“Dalam emel yang mereka hantar, mereka kata boleh meneruskan acara tersebut pada minggu depan sekiranya kerajaan Malaysia boleh menyediakan tajaan, termasuk RM3.5 juta untuk urusan keselamatan,” kata Khairy.

“Saya tidak bersetuju tentang perkara itu, diugut oleh penganjur dengan menggunakan isu keselamatan dan memberi gambaran buruk tentang Malaysia apabila sebahagian besar tujuan mereka untuk menangguhkan acara itu adalah berkenaan isu tajaan.

“Ini adalah tidak munasabah, sama sekali tidak munasabah. Saya tidak akan membiarkan diugut oleh penganjur acara antarabangsa,” katanya.

Tambah Khairy, ia kini terpulang kepada penganjur untuk mencari tajaan kerana kerajaan tidak dapat memenuhinya kerana sebab belanjawan.

Awal minggu ini, penganjur kejohanan berkenaan membangkitkan kebimbangan mereka berhubung isu keselamatan, sehingga menimbulkan persoalan dan kemarahan pihak berkuasa Malaysia.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung di Bukit Jalil dan KLCC dari 11 sehingga 18 Disember ini. – mStar Online/The Star Online

Tags: KerajaanKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd