• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerangan TPPA Diperluaskan Kepada Penduduk Luar Bandar

oleh Ahmad Albab
20/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan memperluaskan penerangan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada penduduk di kawasan luar bandar mulai bulan depan.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata langkah itu perlu kerana masyarakat luar bandar terutama petani, penternak dan nelayan masih belum memahami mengenai perjanjian tersebut.

“Kita akan permudahkan lagi pemahaman mengenai TPPA kepada petani, nelayan dan orang kampung serta pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Townhall TPPA’ di Universiti Malaysia Kelantan di sini, hari ini.

Katanya pada masa sama, pihaknya akan menggandakan sesi penerangan mengenai TPPA kepada golongan akademik, profesional, pelajar institusi pengajian tinggi, usahawan dan penjawat awam.

Beliau berkata maklum balas daripada sesi penerangan mengenai TPPA yang dijalankan dari semasa ke semasa, mendapati semakin ramai yang memahami mengenai perjanjian tersebut dan bantahan terhadap pelaksanaan TPPA juga semakin berkurangan.

Katanya tokoh akademik dan tokoh industri juga akan diminta membantu kerajaan memberi penerangan mengenai perjanjian itu kepada rakyat.

Mustapa berkata bagi memastikan usahawan Bumiputera terutama PKS mampu bersaing di peringkat antarabangsa, kementeriannya akan melaksanakan pelbagai program bina upaya untuk memantapkan golongan tersebut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Ep0nP-TPElc[/wpdevart_youtube]

Tags: TPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd