• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendedahan Isteri, Buat Ezany Malu Dengan Datin Paduka

oleh AK-47
01/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA kemelut rumah tangga pelakon Ezany Nizariff bersama isterinya Lizda Nuryanti Abidin semakin kritikal.

Jika semalam Lizda tampil mendedahkan bahawa dirinya difitnah, kali ini Ezany pula menafikan hal tersebut.

BACA: Isteri Ezany Nizariff Tampil Dedah Perkara Sebenar, Dia Difitnah

Menurut Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, isterinya berbuat demikian gara-gara kecewa selepas teman lelaki meninggalkan dirinya.

imageResize

“Setelah lama dia menghilang, tidak hadir ke mahkamah untuk kes perbicaraan cerai nusyuz, hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan anak sementara, tiba-tiba dia muncul dengan kenyataan media yang kurang bijak.

“Saya tahu dia kecewa apabila lelaki harapan yang kononnya mahu bernikah meninggalkan dia dan berkahwin dengan orang lain membuatkan dia berani keluarkan kenyataan kepada media memburukkan saya pula,” katanya yang dihubungi mStar Online.

Jelas usahawan belacan ini, kenyataan yang dikeluarkan Lizda adalah tidak benar dan dia percaya isterinya mempunyai tujuan tertentu.

Ezany-Nizariff-12-Kali-Turun-Naik-Mahkamah-Kerana-Isteri-ROTIKAYA-700x450

“Apabila menuduh saya tidak beri nafkah dan majlis kahwin ditanggung oleh dia sepenuhnya, saya tak nampak di mana logiknya itu kerana ketika kami berkahwin, dia tiada duit.

“Kalau saya tak beri nafkah, macam mana dia boleh hidup senang? Takkan setiap kali nak bagi nafkah, saya perlu membuat penyata gaji?

“Bagi saya, senang sahaja, buktikan apa yang dia katakan itu betul kerana saya juga ada bukti mengenai kecurangannya itu,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Ezany akui tindakan isterinya itu membuatkan dia berasa malu terhadap wanita yang sedang didekatinya iaitu Datin Paduka K.

Ezany Akui Bercinta Dengan Janda Bergelar Datin Paduka

“Jujurnya saya malu dengan dia (Datin Paduka K) kerana dia juga terkena tempias gara-gara masalah saya dan Lizda. Sedangkan kami baru kenal rapat,” tuturnya.

Kes cerai dan nusyuz pasangan ini telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor sekitar Ogos 2014, namun masih belum selesai.

Ezany dan Lizda berkahwin pada 1 Julai 2007. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Hayden Harraz yang berusia 2 tahun dan Rayyan Harraz (4 tahun). – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=d_PDH5gAJMQ]

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budak Ditemui Lemas Dalam Kolam

Next Post

PAN Perak Bantah Tambang Bas Sekolah Naik

Related Posts

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

02/06/2025
0

Kuala Lumpur: Pengembara solo warga British dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah kelab di Bangsar, di sini,...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

Next Post

PAN Perak Bantah Tambang Bas Sekolah Naik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd