• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Ekspres Didakwa Sebabkan Kematian 4 Penumpang

oleh Ahmad Albab
31/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Seorang pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian empat penumpang di KM124, Batu 14 Jalan Raya Timur Barat Jeli-Gerik pada Jumaat lepas, dihadapkan di Mahkamah Majistret Machang di sini, hari ini.

Muhammad Hazil Hakimi Ahmad Zaki, 26, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias dan minta dibicarakan.

Dia didakwa memandu bas ekspres Syarikat SP Bumi WVW 7689 dari arah Gerik, Perak, ke Jeli, Kelantan, di tempat tersebut dengan cuai sehingga menyebabkan kematian empat penumpang pada pukul 1.30 pagi, 25 Dis lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardah Shahidan meminta jaminan sebanyak RM20,000 dengan mengambil kira kepentingan awam kerana menyebabkan empat kematian penumpang.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed dan Alias Ibrahim memberitahu mahkamah keluarga tertuduh hanya mampu menyediakan wang jaminan sebanyak RM5,000 kerana kurang berkemampuan.

Amal Razim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin, digantung lesen memandu serta ditahan pasportnya.

Dalam kejadian pada 1.30 pagi Jumaat lepas, bas ekspres yang membawa 30 penumpang dari Taiping, Perak menuju ke Kuala Terengganu, Terengganu hilang kawalan sebelum terbabas dan bergesel dengan sebuah treler muatan papan lapis hingga menyebabkan empat penumpang maut.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hasiah Osman, 57, dan anaknya, Muhammad Amir Abdul Rahim, 19, berasal dari Pulau Pinang serta Nur Afiqah Alimi Mohd Ali, 19, dan Muhammad Syafiq Azrul Azmi, 25, masing-masing dari Kuala Terengganu, Terengganu. – BERNAMA

Tags: mahkamahpemandu bas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd