• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Rencam Dan Warga Emas Akan Dapat Rumah Baharu

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Pekerja rencam Rosli Awang dan warga emas Hassan Lazak, yang tinggal dalam rumah papan yang uzur sejak sekian lama, akan menerima rumah baharu tidak lama lagi.

Rumah masing-masing di Kg Layang-Layangan dan Durian Tunjong dalam keadaan amat menyedihkan dan boleh runtuh pada bila-bila masa, menjadikannya tidak selamat untuk didiami.

Rosli berusia 50-an perlu menanggung sembilan orang anak yang lapan daripadanya masih bersekolah. Isterinya tidak bekerja kerana mengalami masalah kemurungan.

Namun semua itu bakal berakhir atas inisiatif Hotel Dorsett Grand di sini yang menjadikan keluarga Rosli dan Hassan, 69, sebagai anak angkat hotel lima bintang itu.

Pengurus Besar hotel Susan Carlos memberitahu Bernama, kerja membaik pulih rumah mereka akan dilakukan pada Januari tahun depan dan bantuan barangan akan diberikan setiap dua bulan sekali kepada keluarga Rosli, dan Hassan yang menganggur dan tinggal sendirian.

Katanya bagi meringankan bebanan mereka, pengurusan hotel telah melancarkan kempen jualan “istana Ginger Bread’ di lobi hotel bagi membolehkan tetamu hotel menyumbang dengan membeli makanan itu.

“Kami telah mengumpul RM4,280 sejak ia dilancarkan pada 1 Dis dan akan berakhir pada 31 Dis dengan kami menyasarkan untuk mengumpul RM5,000.

“Semasa kami mengunjungi rumah mereka, ia dalam keadaan hampir roboh dan perlu dibaiki segera supaya mereka dapat tinggal dalam suasana lebih selesa dan selamat,” kata Susan.

Rosli dan Hassan selama ini memang berharap agar pihak berkuasa dapat membantu membaiki rumah mereka atau membina rumah baharu kerana rumah mereka tidak selamat untuk diduduki.

Mereka berharap mendapat rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). – BERNAMA

Tags: beli rumahpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

30/12/2023
15

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus selepas premis tempat mereka bekerja terbakar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd