• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Gerakkan Mujahid Siber Tangkis Serangan ‘Cybertrooper’

oleh Ahmad Albab
13/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS meminta semua ahli dan penyokongnnya supaya bertenang berikutan serangan tentera siber pihak tertentu ke atas parti itu.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, ahli dan penyokong PAS tidak perlu bimbang dan resah dengan situasi berkenaan.

‘Usah bimbang dan resah dengan aksi dan serangan ‘cybertrooper’ musuh-musuh Islam. Hadapi mereka dengan syakhsiyah dan disiplin akhlak Islami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAS diserang hebat oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) melalui media sosial selepas parti Islam itu disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang.

Serangan berbentuk propaganda oleh tentera siber Pakatan Harapan itu bertambah meruncing apabila Presiden PAS menyatakan kesediaan menjalin kerjasama dengan UMNO demi perpaduan umat Islam.

Nasrudin berkata, cabaran itu mesti didepani dengan bijak, berani dan optimis menggalas tanggungjawab perjuangan Islam.

Justeru, katanya, Duat dan Mujahid Siber adalah dua skuad yang dipertanggungjawab PAS untuk menangkis serangan itu.

Menurutnya, peranan Duat Siber menyampaikan risalah dan maklumat perjuangan Islam secara hikmah di alam siber.

Manakala, katanya, Mujahid Siber berperanan menegakkan kebenaran dan kemurnian perjuangan Islam, menjawab segala serangan dengan mujadalah. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Nasrudin Hassan Tantawisiber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Mesti Berhati-Hati

03/06/2019
0

PERANCANGAN musuh Islam sangat rapi dan strategik. Tindakan mereka licik untuk menyekat atau sekurang-kurangnya memperlahankan gerakan Islam dan umatnya. Tidak sahaja...

PAS Terima 5,000 Ahli Baharu Setiap Bulan

14/05/2019
0

KUANTAN- Pertambahan ahli baharu PAS yang mencecah hampir 5,000 penyertaan setiap bulan membuktikan segala fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd