• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Dan UMNO Tak Rugi Atas Nama Islam – Nik Abduh

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jika UMNO untung, PAS rugi. Jika PAS untung, UMNO rugi. Tapi jika Islam untung, PAS dan UMNO tak rugi,” kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Kata beliau, ada pihak menuduh UMNO akan mengambil keuntungan daripada kerjasama dengan PAS tetapi pada beliau UMNO akan tetap mengaut keuntungan tanpa PAS kerana melaksanakan syariat Islam.

“Saya jawab, jika UMNO laksanakan Islam, tanpa PAS pun UMNO boleh buat untung besar. Saya jawab, sejak bila PAS rugi bila Islam semakin kukuh di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nik Mohamad Abduh seterusnya berkata, Islam bukan pada kata-kata dan janji tetapi keikhlasan, kesungguhan dan keberanian.

Justeru, katanya, UMNO dan PAS terikat dan tergadai pada ketiga-tiga itu dan bakal menjalani hukuman Allah S.W.T jika tidak melaksanakannya.

Sehubungan itu, kata beliau, PAS akan membantu UMNO jika itu yang ditawarkan oleh UMNO atas dasar syariat Islam.

Menurutnya, PAS kekal membantu UMNO untuk melaksanakan Islam di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Naiib Tun Razak sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 menjelaskan parti itu bersedia bekerjasama dengan PAS demi agama Islam dan kaum Melayu.

Tawaran kerjasama itu disambut baik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menegaskan kepentingan Islam menjadi agenda utama parti berkenaan sejak ditubuhkan.

Namun, kata Abdul Hadi, PAS masih perlu meneruskan kerjasama dengan PKR berdasarkan keputusan yang dibuat majlis syura parti itu sebelum ini. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]5_eTXnKdIjk[/wpdevart_youtube]

Tags: Nik Abduh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

06/09/2023
0

Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri...

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

30/07/2023
0

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd