• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR Kesan 3 Mangsa Lemas Di Sungai Puyoh Diteruskan

oleh Ahmad Albab
01/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki yang hilang dibawa arus deras ketika sedang memancing di Sungai Puyoh berdekatan Kem Perdana Sungai Besi, di sini, semalam diteruskan pagi Selasa.

Mangsa yang terlibat dan dipercayai lemas dalam kejadian itu ialah Remy Julian Raymond Joe, 14, Joe Jerry, 12, dan Josnual Usin, 9.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata operasi SAR yang bermula pukul 7 pagi tadi melibatkan kekuatan seramai 33 anggota bomba dan penyelamat Sungai Besi serta lapan anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi mengesan kesemua mangsa.

“Pada pagi ini, bomba telah melakukan ‘staging’ di belakang perumahan Projek Perumahan Rakyat Permai di Sungai Besi sepanjang 2 kilometer dari tempat kejadian berhampiran perangkap sampah.

“Ia turut disertai oleh Unit Pasukan Penyelamat Di Air Selangor dan Unit Anjing Pengesan K9 dalam operasi SAR ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada Isnin, dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki telah hilang dibawa arus deras ketika sedang memancing di sungai berkenaan. – BERNAMA

Tags: Bombalemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd