• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Potong Bekalan Air Mulai 1 Januari – Syabas

oleh Ahmad Albab
30/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai di Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Gombak digesa supaya menjelaskan bil air tertunggak dengan segera.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, mereka perlu berbuat demikian untuk mengelakkan bekalan air dipotong mulai 1 Januari 2016.

“Syabas akan menjalankan operasi ke premis yang mempunyai bil air tertunggak di kawasan terbabit. Pelanggan yang gagal menjelaskan pembayaran bil air tertunggak akan diberi notis pemotongan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Amin Lin berkata, caj pemotongan sebanyak RM35 dan caj penyambungan semula bekalan air sebanyak RM35 tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas mereka yang gagal menjelaskan bil tertunggak.

Menurut beliau, caj itu seperti yang diwartakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006), iaitu Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014.

Kata beliau, bil air tertunggak boleh dibayar di semua pejabat Syabas, bank, agensi-agensi terlantik dan melalui kemudahan lain yang boleh diketahui dengan melayari laman web www.syabas.com.my.

“Pengguna juga boleh muat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS secara percuma daripada Google Playstore and Apple Appstore untuk mendapatkan maklumat mengenai operasi bil air tertunggak ini dan perkhidmatan Syabas,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd