• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Noda: 39 Termasuk 31 GRO Warga Asing Ditahan Di Melaka

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seramai 39 individu ditahan termasuk 31 wanita warga asing yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah premis hiburan di Taman Melaka Raya dalam serbuan Op Noda di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Skuad Taktikal Antimaksiat, Perjudian dan Gangterisme (STAGG) Bukit Aman ASP Mohd Nor Nahar Nayan berkata GRO yang terdiri daripada 30 warga China dan seorang warga Vietnam berusia antara 21 dan 42 tahun itu disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Beliau berkata operasi dua jam bermula 12.30 tengah malam itu juga menahan masing-masing seorang wanita tempatan dan warga China yang dipercayai ibu ayam.

Turut ditahan dua lelaki tempatan yang merupakan pengurus premis berkenaan, dan empat pekerja lelaki terdiri daripada seorang rakyat tempatan, dua warga Myanmar serta seorang warga China berusia antara 21 dan 36 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan ini menyediakan mahkota, selendang dan jubah untuk pelanggan yang mampu membayar GRO dengan harga paling mahal sebelum melakukan hubungan seks.

“GRO berkenaan dibawa pulang oleh pelanggan selepas pembayaran melalui mahkota, selendang dan jubah berkenaan. Pusat hiburan ini juga hanya untuk pelanggan tetap sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Nor Nahar berkata harga yang ditawarkan bagi satu mahkota adalah RM500, selendang antara RM100 dan RM300 manakala jubah antara RM1,000 dan RM5,000.

Katanya wang tunai berjumlah RM4,839 termasuk RM2,600 hasil aktiviti tidak bermoral itu turut dirampas dalam serbuan di premis yang mempunyai lesen perniagaan yang tamat pada 31 Dis ini.

Beliau berkata pusat berkenaan turut dikesan menjalankan aktiviti penyalahgunaan dadah selepas menjumpai sepeket dadah disyaki ganja dan sebotol minuman dadah campuran dalam sebuah almari di sebuah bilik di premis itu.

“Kita turut merampas 30 botol minuman keras kerana pusat hiburan ini tidak mendapat lesen penjualan minuman keras,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8-onVPkdRe4[/wpdevart_youtube]

Tags: GRO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tuan Ibrahim Minta Penyokong PAS Jangan Layan Musuh Islam

Next Post

TMJ Tidak Iktiraf Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

Related Posts

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

23/11/2024
0

JOHOR BAHRU - Polis menahan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) termasuk seorang lelaki warga tempatan...

JIM Gempur Dua Pusat Hiburan, 46 Ditahan Termasuk Tiga Majikan

JIM Gempur Dua Pusat Hiburan, 46 Ditahan Termasuk Tiga Majikan

11/11/2024
0

Johor Bahru: Bukan sahaja menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS), seramai 36 wanita warga asing dikesan turut melakukan aktiviti tidak bermoral...

Next Post

TMJ Tidak Iktiraf Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd