• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Mahu Mayat Bernard Then Dibawa Pulang Segera

oleh Ahmad Albab
20/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pegawai Malaysia bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina untuk membawa pulang mayat rakyat Malaysia Bernard Then Ted Fen dengan secepat mungkin.

“Saya berasa amat sedih apabila mendapat tahu ujian DNA dilakukan oleh pihak berkuasa Filipina mengesahkan mayat dijumpai di Jolo adalah mayat mendiang Bernard Then.

“Saya mahu pegawai Malaysia berhubung dengan pihak berkuasa di Filipina dan membawa pulang ke tanah air mayat mangsa dengan secepat mungkin untuk membantu mengakhiri penantian keluarganya,” katanya dalam akaun Facebook dan Twitter beliau.

Najib turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Then.

Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan kepala yang ditemukan di selatan Pulau Jolo adalah milik tebusan Malaysia itu yang dipenggal, berdasarkan ujian DNA.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis telah dimaklumkan secara lisan berhubung perkara itu dan sedang menunggu laporan bertulis daripada pihak Filipina.

Pada 15 Dis, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pasukan keselamatan Filipina telah menemukan mayat tanpa kepala, dipercayai ialah Then, dari Sarawak.

Beliau telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei, bersama-sama pengurus restoran itu, Thein Nyuk Fun, 50, yang dibebaskan pada 8 Nov.

Bagaimanapun, Then, 39, telah dibunuh dengan kepalanya dipenggal di sebuah lokasi terpencil di pulau Jolo pada 11 Nov. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]45wzl4WJvKI[/wpdevart_youtube]

Tags: Bernard Then Ted FenNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tukang Jahit Mati Dipercayai Ditikam Suami Di Kluang

Next Post

MyPPP Yakin Dapat Laksana Cabaran 365 Hari

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

MyPPP Yakin Dapat Laksana Cabaran 365 Hari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd