• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Miliki Anak OKU, Ahmad Idham Buka Sekolah Pendidikan Khas

oleh AK-47
18/12/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon dan penerbit filem, Ahmad Idham, 44, memilih untuk membuka sebuah sekolah khas yang menyediakan sistem pendidikan dan terapi sempurna buat golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sekolah khas yang diberi nama Eden Firdaus Special Need Centre itu akan dibuka awal Januari tahun depan.

Menurut Ahmad Idham, dia memilih untuk membuka sekolah  khas itu kerana cahaya mata sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 15, merupakan anak istimewa.

imageResize

“Sebelum ini, saya dan isteri tempatkan anak sulung di Saint Claire, Singapura. Selama dua tahun di sana, nampak perkembangan baik dan sihat dengan sistem pembelajaran dan terapi yang disediakan.

“Perkembangan sihat itu telah memberi Firdaus berjalan dan bertutur dengan baik dan boleh difahami walaupun agak perlahan.

“Dari situlah tercetus idea membuka sekolah khas ini. Lagipun, isteri sudah ada pengalaman 14 tahun mengendalikan pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak.

“Sekolah ini khusus untuk mempersiapkan diri kanak-kanak OKU menempuh dunia luar di samping beri harapan mereka juga mampu berdikari tanpa perlu bergantung pada orang lain.

“Kita sediakan sistem pembelajaran dan terapi yang betul. Adalah menjadi impian saya dan isteri untuk melaksana sistem pembelajaran dan terapi buat kanak-kanak OKU ini dan saya juga berharap usaha ini mendapat sokongan kerajaan,” kata Idham kepada Mangga Online.

Sekolah khas yang terletak di Encorp Strand Mall, Kota Damansara, Selangor itu dibuka buat kanak-kanak istimewa berusia antara empat hingga 20 tahun.

Selain Firdaus, Idham dan isteri, Amy Aziz, 39, mempunyai tiga anak lain iaitu Ahmad Aydeel, 11, Kintan Myra,9 dan Ahmad Khaliff, 5.

Difahamkan, anak sulungnya itu mengalami kesukaran berjalan dan bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=R8QbRxndXVo]

Tags: Ahmad Idham
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Negara China Masih Belum Izin Tayangkan Filem Star Wars

Next Post

Ada Pihak Kelirukan Rakyat Tentang Punca Kos Sara Hidup Meningkat

Related Posts

Hans Isaac Enggan Tunduk, Takkan Meletak Jawatan

12/12/2019
0

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac tidak akan tunduk kepada gesaan enam persatuan artis yang mahu...

Hans Isaac Didesak Letak Jawatan Cuba Sabotaj CEO Finas

11/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penggiat seni mendesak Hans Isaac meletak jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana...

Next Post

Ada Pihak Kelirukan Rakyat Tentang Punca Kos Sara Hidup Meningkat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd