• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melukis Jadi Terapi Alternatif Penyakit Kanser

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Melukis menjadi salah satu rawatan terapi buat saya, ia memberi ketenangan jiwa serta membuatkan saya melupai segala kesakitan dan kebimbangan,” kata bekas pesakit kanser payu dara, Datin Alice Chai.

Wanita berusia 60 tahun itu, yang disahkan menghidap kanser payu dara tahap ketiga sembilan tahun lalu, memberitahu bahawa hobi baharunya membuatkan dirinya terus kekal positif semasa berjuang menentang penyakit itu.

Setelah melihat aktiviti melukis memberi kesan positif buat dirinya, Alice membuat keputusan untuk berkongsi kebolehannya dengan mengajar pesakit kanser dan bekas pesakit kanser lain di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) pada tahun 2012.

“Dengan adanya kelab ‘Chinese Ink Painting’ di NCSM ini, kami dapat meluangkan masa bersama kerana aktiviti ini membantu kami melupakan kerisauan dan tidak memikirkan kesan buruk daripada rawatan yang dijalani.

“Selain itu, lukisan yang kami hasilkan juga dijual. Ia menyumbang kepada NCSM, inilah cara membantu serta memberi sokongan kepada bekas pesakit dan pesakit kanser,” katanya ketika ditemui pada Pameran Lukisan Dakwat Cina di Pusat Kraf Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.

Alice, yang merupakan pengasas kelab itu, mengajak pesakit kanser dan bekas pesakit kanser supaya mempunyai suatu hobi sebagai terapi alternatif buat diri sendiri bagi melawan penyakit itu.

Bekas pesakit kanser payu dara, Cynthia Teoh turut berkongsi mengenai kehidupannya yang bertambah ceria setelah melibatkan diri dalam penghasilan lukisan sejak ia ditubuhkan tiga tahun lalu.

“Ini pameran pertama kami dengan penyertaan 22 peserta mempamerkan hasil lukisan masing-masing dengan harga ditawarkan bermula RM400 ke atas setiap satu. Semua pencinta seni dialu-alukan datang ke sini untuk membantu kami,” kata wanita berusia 59 tahun itu.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Abdul Manan Ismail berkata aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara pihaknya dengan NCSM ini bertujuan mengetengahkan kepada masyarakat tentang penyakit kanser.

“Ini pertama kali kita buat kumpulan pameran di Pusat Kraf Kuala Lumpur, kami sasarkan kira-kira 3,000 pengunjung pada program dua hari ini,” katanya.

Selain penyertaan daripada NCSM, program CSR di Laman Wau dan PREKA Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini turut disertai Persatuan Klef Bibir dan Lelangit serta Mister Planet.

Antara aktiviti menarik yang disediakan kepada pengunjung adalah demonstrasi dan jualan lukisan dakwat Cina, bengkel kanser bersama bekas pesakit kanser, interaktif batik dan karikatur. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]p89D8E2_1HU[/wpdevart_youtube]

Tags: kanser
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd