• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Nenek Mangsa Terakhir Rakit Tenggelam Ditemui

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Mayat nenek berusia 55 tahun, Lana Ismail, mangsa terakhir yang hilang dalam kejadian rakit tenggelam di Sungai Bekok, Yong Peng, di sini petang semalam, ditemui awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng Penolong Penguasa Bomba Bakarya Mohd Salleh berkata mayat Lana ditemui anggota bomba dan orang awam pada kira-kira 8.15 pagi.

“Mayat Lana ditemui terdampar di tebing di bawah jambatan kira-kira 150 meter daripada lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Turut berada di lokasi terbabit, anak Lana, Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, yang terselamat dalam kejadian itu.

Berkaitan: Rakit Hempap Mangsa Selepas Terbalik Di Sg. Bekok

Bakarya berkata seramai 32 anggota bomba termasuk unit skuba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sejak petang semalam.

Beliau berkata anggota bomba bersama bot melakukan teknik pencarian di permukaan sejak petang semalam hingga pagi ini manakala unit skuba turut melakukan penyelaman sejak petang semalam sebelum menangguhkannya pada 2.25 pagi tadi.

Katanya mayat Lana kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, rakit membawa 10 orang yang mempunyai hubungan keluarga itu tenggelam ketika kesemua mangsa sedang menyeberang sungai berkenaan untuk melihat ternakan kambing mereka.

Berkaitan: 2 Beradik Lemas Tragedi Rakit Tenggelam

Dua beradik iaitu cucu Lana, Muhammad Iman Naqiudin Nas Izhar, 2, dan adiknya, Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izhar, 10 bulan, lemas sejurus kejadian itu.

Anak Lana, Mohd Aiman Arif Hairaddin, 10, turut hilang dalam kejadian itu dan mayatnya ditemui kira-kira dua meter dari lokasi rakit dilaporkan tenggelam, 8.40 malam tadi.

Selain Ali Abdul Raman, mangsa yang terselamat lain adalah Hairaddin Masran, 58, Nor Diana Alisa Hairaddin, 31, Junaidah Yang, 28, Siti Farahida Hairaddin, 26, serta Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lmk03CQ67sM[/wpdevart_youtube]

Tags: mati lemasrakit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wakil Rakyat Belanja Penduduk Bukit Katil Tonton Star Wars

Next Post

SPRM Cadang Pekeliling Baharu Patuh Syor Sekat Rasuah

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

Next Post

SPRM Cadang Pekeliling Baharu Patuh Syor Sekat Rasuah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd