Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Biar Tun M Tadbir...

TUN Dr. Mahathir Mohamad perlu diberi peluang untuk terus kekal mentadbir negara hingga...

Kastam Rampas 4,624 Gading...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam merampas 4,624 unit gading gajah melalui 11 kes...

Mayat Guru Lemas Ditemui

SETIU - Seorang guru, Abd Rauf Mohd Zulkarnain, 27, yang hilang setelah dihanyutkan...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang turun...

Rakit Hempap Mangsa Selepas Terbalik Di Sg. Bekok Semalam

BATU PAHAT – Salah seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kejadian rakit tenggelam di Sungai Bekok, Yong Peng, di sini, petang semalam, berkata suasana menjadi kelam kabut selepas rakit yang dinaiki bersama sembilan anggota keluarga lain menghempap mereka selepas terbalik.

Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, berkata sejurus dihempap, kesemua anggota keluarganya terpisah dan dia hanya sempat menyelamatkan bapanya, Hairaddin Masran, 58, dan isterinya, Junaidah Yang, 28, sebelum meminta pertolongan orang awam.

“Air sungai kelihatan tenang sebelum kami menaiki rakit, namun, keadaan angin bertiup kuat.

Sampai di tengah sungai, kejadian berlaku pantas apabila rakit itu terbalik dan menghempap kami yang kemudiannya menyebabkan semua orang terpisah apabila ia tenggelam,” katanya.

Ali Abdul Raman yang merupakan seorang juruteknik komputer di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya berkata demikian kepada pemberita di lokasi kejadian berkenaan, di sini, hari ini.

Katanya dia tidak sangka kepulangannya ke kampung halaman di Kangkar Bahru, di sini, sempena musim cuti bertukar tragedi sehingga menyebabkan empat anggota keluarganya iaitu ibu, adik lelaki dan dua anak saudara lelakinya, lemas.

Menurut Ali Abdul Raman, sebelum kejadian itu, mereka sekeluarga berhasrat menaiki rakit kayu itu untuk melihat ternakan kambing bapanya yang diusahakan di seberang sungai itu sejak dua bulan lepas.

Mereka sekeluarga katanya turut sempat menghadiri satu majlis perkahwinan di kawasan ini dan menunaikan solat Zohor di masjid jamek berhampiran.


“Bapa dan arwah ibu sudah biasa menaiki rakit itu, namun, ini adalah kali pertama saya menaikinya kerana sebelum ini bapa menternak kambingnya di kawasan rumah kami,” katanya yang sedih, namun, bersyukur apabila mayat adik lelaki dan ibunya ditemui.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, rakit membawa 10 orang yang mempunyai hubungan keluarga itu tenggelam ketika kesemua mangsa sedang menyeberang sungai berkenaan untuk melihat ternakan kambing mereka.

Dua beradik iaitu anak saudara Ali Abdul Raman iaitu Muhammad Iman Naqiudin Nas Izhar, 2, dan adiknya, Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izhar, 10 bulan, lemas sejurus kejadian itu.

Adik Ali Abdul Raman iaitu Mohd Aiman Arif Hairaddin, 10, dan ibunya, Lana Ismail, 55, hilang sebelum mayat masing-masing ditemui pada 8.40 malam tadi dan 8.15 pagi ini.

Selain Ali Abdul Raman, mangsa lain yang terselamat adalah bapanya, Hairaddin Masran; kakaknya, Nor Diana Alisa Hairaddin, 31; isterinya Junaidah Yang; adik perempuannya Siti Farahida Hairaddin, 26 serta anak lelakinya Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lmk03CQ67sM[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • rakit

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori