• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Ketiga Mangsa Lemas Sungai Kuyoh Ditemui

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mayat terakhir kanak-kanak mangsa lemas di Sungai Kuyoh, Joe Jerry Primus, ditemui berhampiran tasik Muhibbah, Cheras, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata mayat kanak-kanak berusia 12 tahun itu ditemui pada 5.45 petang oleh pasukan mencari yang menaiki helikopter Tentera Darat Malaysia.

“Bapa mangsa mengesahkan mayat yang ditemui di sungai berkenaan adalah mayat anaknya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, pada 10.10 pagi ini, mayat seorang lagi kanak-kanak, Joshnuel Usin, 9, ditemui di Sungai Kuyoh berdekatan Kem Perdana Sungai Besi di sini, kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang akibat arus deras.

Semalam, mayat Remy Julian Raymond Joe, 14, ditemui di Tasik Muhibbah pada 10.30 pagi, kira-kira 20 km dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Chong berkata mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat.

“Jasad mangsa akan dibawa ke Sabah dengan pesawat MAS Kargo sebelum kebumikan di Kampung Linsudan, Keningau esok,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat ketiga-tiga mangsa disertai 182 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin lalu, Joe, Joshnuel dan Remy merupakan antara lapan remaja dan kanak-kanak yang pergi memancing di sungai berkenaan.

Namun, ketiga-tiga mereka hilang selepas dibawa arus deras manakala lima yang lain terselamat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]pjuDGnaKEVk[/wpdevart_youtube]

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd