Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

BAM Bakal Terima Tajaan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal menerima tajaan bernilai RM8 juta...

JDT Menang Bergaya, Mara...

JOHOR BAHRU - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) layak ke suku akhir Piala...

Wanita Pakai High Heels...

INSIDEN memalukan menimpa seorang wanita China apabila dia terjatuh dari sebuah eskalator dipercayai...

Kemiskinan Di Mexico, Kanak-Kanak...

MEXICO - Lebih 21 juta kanak-kanak di Mexico hidup dalam kemiskinan manakala 4.6...

Mayat Kanak-Kanak Jatuh Longkang Ditemui

NILAI – Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang jatuh ke dalam longkang besar berhampiran flat Taman Desa Chempaka Nilai tengah hari tadi ditemui dua kilometer dari lokasi kejadian kira-kira pukul 2.20 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Ahmad Ridwan Yahya berkata mayat G. Sukumaran, 3, ditemui tersangkut pada jaring perangkap sampah di Sungai Labu oleh pasukan bomba yang membuat operasi mencari dan menyelamat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Zaldino Zaludin berkata kakak mangsa yang berusia 11 tahun memberitahu mereka sebelum itu pergi ke kedai di bawah blok rumah pangsa itu.

“Selepas itu mereka bermain di tepi longkang besar hingga menyebabkan adiknya terjatuh dan si kakak cuba menyelamatkan adiknya, tetapi gagal berikutan air deras ekoran hujan lebat malam tadi,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Z0zurX4Fjvc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori