• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Kemaman Beli Insurans Bakal Terima Pampasan

oleh Ahmad Albab
30/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Mangsa banjir di daerah ini, yang membeli Polisi Insurans Kampungku tahun lepas, bakal menerima pampasan sebanyak RM1,000 daripada Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pampasan itu akan dibayar dalam tempoh 96 jam selepas taksiran dibuat oleh syarikat insurans berkenaan.

Beliau berkata syarikat itu menawarkan polisi berkenaan pada Disember tahun lalu dengan hanya membayar RM50 sebulan.

“Kita dapati pihak insurans telah datang untuk membuat taksiran mangsa banjir kali ini…mereka akan dibayar sebanyak RM1,000 dalam tempoh 96 jam,” katanya kepada pemberita semasa melawat 43 keluarga melibatkan 196 mangsa banjir di Pusat Pemindahan banjir di Felda Seberang Tayor, Air Puteh dekat sini, Rabu.

Menurutnya pembelian polisi insurans adalah pendekatan yang memberi kelegaan kepada mangsa banjir berbanding konsep lama yang mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan bagi mendapatkan bantuan RM500.

Sehingga kini, kira-kira 6,000 penduduk di Kemaman telah membeli insurans itu sebagai persediaan menghadapi kerugian semasa banjir, katanya.

Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata bagi pampasan petani, syarikat insurans perlu mengambil masa lebih lama untuk mengira kerugian keseluruhan.

“Konsep insurans adalah lebih efisyen jika diperkenalkan kepada petani…jika berlaku bencana, ia akan diuruskan oleh syarikat insurans terbabit.

“Ini merupakan pendekatan yang ingin kita perkenalkan dengan lebih meluas…kita sedang usahakan supaya petani turut dilindungi insurans semasa musim kemarau, membaja dan tanaman dilanda penyakit,” katanya.

Ahmad Shabery berkata kementerian juga sedang berusaha menyediakan skim insurans untuk petani bagi membolehkan mereka menuntut pampasan sepenuhnya bagi keseluruhan tanaman padi yang musnah akibat banjir.

Pada masa ini, kerajaan memberi bantuan RM1,800 bagi sehektar tanaman padi yang musnah akibat banjir tetapi petani hanya dibayar pada had maksimum sehingga tiga hektar sahaja.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam membuat persediaan banjir. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shaberymangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd