• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LKIM Mahu K’jaan Beku Eksport Ikan Semasa Musim Tengkujuh

oleh Ahmad Albab
18/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meminta kerajaan supaya membekukan sementara lesen pengeksportan ikan segar ke luar negara bagi menampung keperluan tempatan semasa musim tengkujuh.

Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata langkah itu bertujuan bagi memastikan bekalan ikan untuk rakyat tempatan mencukupi semasa musim tersebut.

“Kita telah mengemukakan cadangan itu pada awal Disember dan ia masih dalam proses perbincangan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan keputusannya dijangka diperolehi selewat-lewatnya minggu depan.

“Saya berharap kerajaan meneliti cadangan ini kerana ia bukan saja bagi memastikan rakyat tidak terjejas akibat kekurangan bekalan ikan yang merupakan makanan asas, tetapi juga mahu harga ikan terkawal,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan Volunteer Malaysia 2015 anjuran iM4U, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini bersiap sedia dengan bekalan 100 tan ikan segar dan dalam proses menyediakan tambahan 100 tan lagi untuk memastikan bekalan makanan asas itu mencukupi.

Irmohizam juga berkata sebanyak 20 pusat pengumpulan bekalan ikan telah disiap sedia di seluruh negara untuk melancarkan bekalan dan jualan ikan pada musim tengkujuh.

Dalam pada itu, beliau berkata LKIM akan mengadakan lawatan ke Sabah untuk memantau bekalan ikan di negeri itu bagi memastikan ia mencukupi untuk dijual pada musim banjir.

“Kita menjangkakan hasil penangkapan ikan segar oleh nelayan kita akan meningkat di pasar tani nanti, jadi tak perlu khuatir tangkapan terjejas dan sebagainya.

“Kita mempunyai tiga opsyen untuk menambah bekalan stok ikan iaitu ikan segar, ikan sejuk beku segar dan ikan sejuk beku dan harap para nelayan mengimport ikan sejuk beku untuk menampung bekalan sedia ada nanti,” jelasnya.

Malaysia mengeksport ikan ke beberapa negara termasuk Singapura dan Indonesia. – BERNAMA

Tags: IkanLKIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd