Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Syed Areeb Dipilih Sebagai...

KANGAR - Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, anakanda kepada Raja Muda Perlis Tuanku...

Shahrel Fikri Kekal Bersama...

IPOH - PKNP FC mengesahkan kapten pasukan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi telah...

Kastam, KPDNKK Diminta Tangani...

MUAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan...

9 Pendaki Terperangkap Di...

KUCHING - Sembilan pendaki dan salah seorang daripadanya cedera, terperangkap di Gunung Gading,...

Lima Sekeluarga Mati Lemas Di Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU – Lima sekeluarga termasuk dua orang kanak-kanak perempuan mati lemas ketika bercuti mandi-manda di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit di sini tengah hari Sabtu.

Kesemua mangsa berasal dari Selangor itu dikenal pasti sebagai Abdul Halim Samian, 44; Nurul Adila@Salawati Awang, 39; Nurul Arifah Abdul Halim, 16; Nurul Aina Abdul Halim, 11; dan Nurul Izah Abdul Halim, 10.

Pegawai Bomba Kanan II Hulu Terengganu, Zuraidi Mohd. Yusof berkata, seorang lagi mangsa iaitu anak lelaki kepada keluarga tersebut, Mohd. Hasif Abdul Halim, 9; bagaimanapun selamat dan kini menjadi yatim piatu.

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian malang tersebut pada pukul 11.35 pagi dan 11 anggota telah segera dikerah ke tempat kejadian.

lemas


“Mayat seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak perempuan masing-masing dijumpai pada pukul 12.17 tengah hari, manakala pada pukul 12.33 tengah hari mayat seorang perempuan dewasa pula ditemukan.

“Mayat terakhir dijumpai pada pukul 12.37 tengah hari tidak jauh dari lokasi semua mangsa dilaporkan hilang. Kesemua mayat ditemukan anggota bomba dengan bantuan orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata kesemua mayat berasal dari Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor itu dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh waris terdekat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori