• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tembak Dirinya Selepas Enggan Serah Diri Kepada Polis

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang lelaki yang dipercayai cuba menyamun bertindak membunuh dirinya dengan melepaskan tembakan di bahagian mulut selepas enggan menyerah diri kepada polis di hadapan sebuah restoran di Jalan Desa Kempas 1, Bukit Kempas, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata lelaki tersebut yang membawa pump gun sebelum itu sempat melepaskan sedas tembakan ke udara sebelum melepaskan tembakan terhadap dirinya.

“Tembakan tersebut menyebabkan lelaki yang dianggar berumur 40-an itu meninggal dunia di tempat kejadian. Setakat ini, identiti lelaki itu sedang dikenal pasti dan dipercayai rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG di lengan,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Mohd Taib berkata terdahulu, dua anggota unit kereta peronda polis terserempak dengan lelaki tersebut bersama pump gun, di hadapan restoran itu, kira-kira 5 pagi tadi.

Beliau berkata polis kemudian meminta lelaki tersebut menyerah diri, namun dia enggan berbuat demikian.

Mohd Taib berkata sejurus itu, lima lagi kereta peronda polis tiba di lokasi kejadian bagi memberi bantuan dan membuat kepungan.

“Semasa polis meminta lelaki itu menyerah diri, dia melepaskan satu tembakan ke udara dan kemudian menembak mulutnya,” katanya.

Mohd Taib berkata dipercayai lelaki tersebut berada di lokasi berkenaan untuk melakukan cubaan samun dan tindakannya gagal berikutan kehadiran polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Tags: kes tembakpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd