• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Nigeria Didakwa Tipu 2 Wanita Kenalan Facebook

oleh Ahmad Albab
30/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap dua pertuduhan menipu dua wanita yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook membabitkan kerugian berjumlah RM10,500 pada Ogos lepas.

Collins Sparklys Obianke, 33, yang masuk ke negara ini dengan menggunakan pas pelajar, didakwa di hadapan Majistret Mohd Azali Ibrahim dan Majistret Salamiah Salleh bagi setiap pertuduhan itu.

Di hadapan Mohd Azali, Collins Sparklys didakwa menipu S. Vanitha, 31, bahawa dia dapat membekalkan bungkusan mengandungi telefon bimbit, tiga pasang kasut, tiga utas rantai, komputer riba, beg pakaian dan barangan serta wang US$20,000 sehingga mendorong wanita itu memasukkan wang sebanyak RM7,500 ke dalam akaun Maybank milik Mislia Jamaat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank UEP, Subang Jaya di sini antara 1.34 petang 24 Ogos lepas hingga 9.19 pagi 25 Ogos lepas.

Di hadapan Salamiah pula, Collins Sparklys didakwa menipu Foo Pooi Yun, 38, dengan menggunakan modus operandi sama sehingga mendorong wanita itu memasukkan wang sebanyak RM3,000 ke dalam akaun Maybank milik Noor Idawati Abdul Hamid di kawasan Bukit Puchong di sini pada 3.41 petang, 14 Sept lepas.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Azali membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Salamiah menetapkan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 19 Feb untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Sivashangari dan Siti Fatimah Yahya manakala peguam L.A.Gomes mewakili Collins Sparklys. – BERNAMA

Tags: facebookkes tipu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Like Di Facebook, Tiktok Tak Memihak Kepada Kerajaan Bukan Penentu PRU-16

Jumlah Like Di Facebook, Tiktok Tak Memihak Kepada Kerajaan Bukan Penentu PRU-16

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jumlah 'like' di Facebook dan Tiktok tak memihak kepada kerajaan bukan penentu mutlak Kerajaan Madani akan tumbang...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd