• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebuh Raya PLUS, SMART Dan MEX Beri Diskaun Sempena Krismas

oleh Ahmad Albab
21/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga syarikat lebuh raya menawarkan rebat dan diskaun tol kepada pengguna sempena perayaan Hari Krismas yang akan disambut Jumaat ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi berkata pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 25 Dis berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus.

“Rebat tol sebanyak 20 peratus itu akan dimasukkan ke dalam kad Touch ‘n Go atau kad PLUSMiles (dalam bentuk tambah nilai) pengguna antara 15 Jan 2016 hingga 14 April 2016,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Rebat tol itu melibatkan rangkaian lebuh raya PLUS iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Jambatan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Bagaimanapun, rebat berkenaan tidak diberikan untuk pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang, katanya.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMART) turut mengumumkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada semua kenderaan bermula pada 6 pagi 25 Dis ini hingga 6 pagi keesokannya.

Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya SMART, Mohd Fuad Kamal Ariffin berkata diskaun tol yang diberikan adalah sebagai menghargai pengguna yang menggunakan Lebuh Raya SMART pada hari perayaan tersebut.

Sementara itu, Maju Expressway Sdn Bhd turut memberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada pengguna yang menggunakan Lebuh Raya Maju (MEX).

Pegawai Eksekutif Kanan Korporat MEX Saiful Bakhri Mohd Annuar berkata pemberian diskaun sebanyak 10 peratus itu bermula pada 12 tengah malam 25 Dis ini dan akan tamat pada 11.59 malam 26 Dis.

“Bagi pengguna yang melalui Plaza Tol Seri Kembangan masih lagi boleh menikmati laluan percuma sehingga diberitahu kelak,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]p78U2I1I-4U[/wpdevart_youtube]

Tags: Tol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd