• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Mandi Di Kawasan Rekreasi, Pantai Ketika Tengkujuh

oleh Ahmad Albab
21/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Aktiviti rekreasi seperti mandi-manda di semua kawasan rekreasi termasuk pantai dan pulau di Terengganu adalah dilarang pada musim tengkujuh sekarang.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan telah membuat pengumuman mengenai perkara tersebut sebelum ini membabitkan kawasan-kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, arahan itu masih tidak dipatuhi hingga terlakunya kejadian yang tidak diingini terutama lemas.

“Musim tengkujuh merupakan musim yang tidak sesuai melakukan kegiatan rekreasi termasuk mandi manda sama ada di kawasan air terjun, tasik dan pantai kerana ianya boleh mendatangkan risiko,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat ibu kepada mangsa letupan dandang di Abu Dhabi Mohd Sukri Sulaiman, 45, di kediamannya di Kampung Padang Landak, Jerteh di sini hari ini.

Menurutnya arahan juga telah dikeluarkan mengenai penutupan semua kawasan rekreasi sehingga bulan Mac depan tetapi tempat itu masih didatangi pengunjung terutamanya oleh pelancong dan pelawat dari luar.

Ahmad Razif mengulas kejadian lemas di kawasan Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu melibatkan sepasang suami-isteri dan tiga anak perempuan mereka Sabtu lepas.

Beliau turut mengulas kejadian terbaharu di Pantai Rhu 10, Setiu pagi ini membabitkan tiga pelajar tahfiz.

Seorang daripada mereka berjaya diselamatkan sementara dua rakannya masih hilang.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]DpEOW79XmTY[/wpdevart_youtube]

[wpdevart_youtube]-plxFpH_foU[/wpdevart_youtube]

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahmanlemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd