• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komuniti ASEAN Ditubuh Secara Rasmi Hari Ini

oleh Ahmad Albab
31/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Komuniti ASEAN ditubuhkan secara rasminya hari ini, dengan Malaysia selaku pengerusi ASEAN 2015 mengalu-alukan peristiwa penting itu dalam sejarah persatuan 10 negara Asia Tenggara itu.

Sehubungan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengulangi sokongan padu Kuala Lumpur untuk terus memperkukuh proses pembangunan komuniti dan integrasi serantau.

Beliau turut menzahirkan iltizam sama dalam melaksanakan komitmen yang dinyatakan dalam dokumen “ASEAN 2025: Bersama Maju Ke Hadapan”.

“Malaysia sedar penubuhan Komuniti ASEAN tidak bermakna yang proses pembangunan komuniti ini telah selesai.

“Malah, ini hanyalah permulaan. Kesedaran mendalam mengenai Komuniti ASEAN dan penglibatan warga ASEAN dalam proses pembangunan komuniti ini adalah amat penting bagi menjayakan Komuniti ASEAN,” katanya dalam kenyataan di sini, hari Rabu.

Komuniti ASEAN telah dilancarkan oleh para pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke–27 dan Sidang–Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 22 Nov lepas.

Anifah berkata sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada negara-negara anggota lain hingga berjaya menyempurnakan dua keberhasilan utamanya.

Keberhasilan utama itu adalah memastikan pelaksanaan baki Pelan Tindakan Komuniti ASEAN (2009–2015) dan memuktamadkan Visi Komuniti ASEAN Pasca- 2015-ASEAN 2025: Bersama Maju ke Hadapan.

Visi Komuniti ASEAN itu merangka hala tuju persatuan itu dalam tonggak-tonggak komuniti politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya bagi 10 tahun akan datang.

“Oleh itu, Malaysia amat berbesar hati di atas kejayaan memikul tanggungjawabnya sebagai Pengerusi ASEAN, pada masa ASEAN memulakan era barunya,” kata Anifah.

ASEAN dianggotai oleh Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Pengerusi ASEAN bagi 2016 ialah Laos. – BERNAMA

Tags: Anifah AmanASEAN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd